Tajuk: Petang Itu
Nyanyian: Azku
Melodi: Yaakob Kelantan
Lirik: Nama dirahsiakan
petang itu,
tanpa sepatah kata,
tanpa bertegur mesra,
kita bersua....
hanya pandangan menafsirkan rasa
hanya renungan yang berbicara
jauh di sudut hati
terdetik satu rasa
yang sukar diungkap dengan kata-kata
alam seakan mengerti
langit seakan memahami
rintik hujan seirama dengan sendu di jiwa
kelam awan senada dengan sebak di dada
namun,
lidah masih kelu berbicara
kerana tiada kata secantik bahasa
untuk meluah rasa di jiwa
lalu diam lebih berkuasa
di petang yang suram itu....
*****
Lirik lagu ini ditulis oleh seseorang.. Aku hanya buat melodi lagu ini berdasarkan puisi yang dikarangnya ini...Lagu ini mengisahkan dua orang yang bertemu setelah sekian lama tidak berjumpa...
Tetapi masing-masing saling terdiam.. atas sebab yang mereka sendiri tidak pasti..
p.s: Sori.. ada banyak silap masa aku record lagu ni.. Aku xberape ingat lagi lagu ni sebab baru cipta semalam.. Nanti la lain2 kali aku record lagi sekali..
*****
11 comments:
nice work...u r just u r...
sape ni ek?
me...
Ayya!
xkisah la pun kan sape...yg penting suka lgu ni...irama dan liriknya bagai menzahir rasa n situasi...good job...
Thanks..
teruskanlah mngikuti prkmbgn blog ini..=D
tu la...berniat untuk jadi stalker or secret admire...tapi kalau dah bagitahu dah x secret la kan...:P
semoga terus berjaya
secret admirer? haha.. erm, kena la ada 'secret' name.. :D
situasi petang itu mungkin kah berulang kembali??
Kenapa mesti bertemu jika untuk berpisah?
Post a Comment