Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Tuesday, August 30, 2011

The Brockies - Gembira di Hari Raya



Tajuk: Gembira di Hari Raya
Nyanian: The Brockies
Ciptaan: Yaakob Kelantan

Sebulan kita puasa
kini tiba 1 Syawal masa untuk raikannya

Takbir raya bergema
Memuji Tuhan yang esa, atas nikmat hari raya

Selamat hari raya
Aidilfitri mulia
ampun maaf dipinta segala dosa

Selamat hari raya
kepada semuanya
bersama kita gembira di hari raya

Kepada rakan dan taulan
Yang jauh di mata, di hati tetap di kenang

Lupakan semua sengketa
Kita hiasi hari yang indah dengan kemaafan

Kita bersalam-salaman, bermaaf-maafan
Mohon diampunkan segala kesilapan
Terjalin ukhuwah sesama kita
Hari raya (hari raya)
Hari mulia (hari mulia)
Hari yang bahagia




Akhirnya tibalah 1 Syawal.. kat Malaysia la.. Kat sini raya esok.. So, ada lagi sehari untuk merebut peluang di bulan Ramadhan bulan barakah..

Lagu ini aku dapat ilham sebelum puasa lagi sebenarnya.. nampak sangat beria-ria nak raya.. Lagu simple je.. Lirik pun cliche.. tapi aku rasa macam layan jugak la.. especially chorus dia tu.. senang nak hapal.. :)

Masuk tahun ni, 5 tahun la aku beraya di bumi Aotearoa ni (Adus terasa diri ini sangat tua).. Sedih la jugak beraya jauh dari femili dan orang tersayang.. Tapi ok je sebenarnya sebab ada ramai member kat sini.

Selamat hari raya diucapkan kepada keluarga di kampung.. mesti best gila raya kat kampung.. Takpe insyaAllah nanti ada rezeki.. Tidak dilupa kepada insan tersayang dan semua yang mengenali diri ini..

Tak payah tulis panjang-panjang la kot.. Semua yang aku nak cakap ada dalam lirik lagu ni..
Salam lebaran..

ps: Terima kasih sangat kepada semua yang menjayakan video ini.. :)

Layan~

Wednesday, September 30, 2009

24 Open House..

Sempena AidulFitr tahun ni, kami di 24 Clyde St telah menganjurkan open house pada hari ahad yang lalu (27 Sept 2009).. Kebanyakan makanan dimasak oleh Amir.. Dia semangat gile nak masak untuk rumah terbuka ni.. Dia buat Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Rendang Daging, Karipap, Cokodok dan Lemang.. Aku buat Kuah Kacang dan Bijik Nangka (aka Badak Berendam) je.. Aidi (walaupun bukan penghuni flat 24) buat kuih bengka atas tunjuk ajar awek beliau, Izzah.. Azrin pulak asalnya nak buat lodeh, tapi dia cakap semua rumah terbuka yang dia pergi ada buat lodeh.. so dia dah boring.. Tambahan pula, menurutnya, Zaireen cakap kalau dia buat jugak kuah lodeh, dia akan disumpah jadi katak.. haha.. So, Azrin xbuat apa2 la.. Dia & Faried tolong2 masak makanan2 yang tersebut di atas ini..

Amir start masak dari pagi Sabtu lagi.. Dia buat Rendang dan tepung untuk buat karipap.. Tapi officially, kitorang start after Asar, lepas balik dari rumah2 terbuka yang ada pada hari Sabtu tu, namely Benji, Abg Haizal dan Abg Khairul.. Pukul 2 jugak la kitorang tidur.. Ni ada lah gambar sikit semasa kitorang prepare untuk open house ni..

Aku tengah buang kulit kacang, Amir tengah buat karipap

Aidi tengah belajar buat karipap daripada aku.. hehe

Sedang memotong ayam dengan jayanya

Excited masak

Ayam sebelum jadi merah

Ayam masak merah Amir.. sedap

Bijik Nangka aka Badak Berendam aka Swimming Hipo aka Jackfruit's Seed

Esoknya (Ahad), semua bangun lambat.. Tambahan pula hari ni start daylight saving.. Daylight saving, bagi sesiapa yang x tahu, adalah apabila jam dicepatkan 1 jam.. Maknanya kalau semalam pukul 7 pagi, hari ni jadi pukul 8 pagi.. Maknanya kalau semalam beza 4 jam dengan Malaysia, hari ni beza 5 jam.. So rasa macam bangun pukul 7.. tetapi sebenarnya dah pukul 8..

Pagi ni kitorang panaskan makanan2 yang dimasak semalam.. Pastu aku goreng karipap.. Azrin buat cokodok.. Amir buat lemang.. Terbaik lemang yang Amir buat ni.. macam kat Malaysia..

Karipap x berapa menjadi la.. melekat2.. So, macam2 bentuk yang terhasil.. Ada yang jadi panjang, ada yang jadi bulat macam cokodok.. Tapi alhamdulillah lah, ada jugak yang menjadi.. & walaupun rupa xberapa nak menjadi, rasa sedap.. rangup..

Karipap yang pelbagai bentuk.. panjang, bulat.. semua ada

Pukul 12 dah ada yang sampai.. Memang xsabar nak makan kot.. Tapi ada jugak yang datang lambat sebab lupa hari ni start daylight saving.. (termasuklah Aidi..) 12-2 untuk lelaki.. So ramai la yang datang.. Kide, Ben, Pian, Benji, Harrow street.. Meriah jugak la.. Non-Malaysians pun ada jugak yang datang.. Kawan 3rd year med.. Kat, Zana.. Dalam pukul 1:30 kuah kacang aku dah nak habis.. Laju gile.. Laku jugak rupanya kuah kacang aku ni.. Aku pun ambik 2-3 senduk untuk disimpan untuk girls nanti..

Antara hadirin yang datang

Geng2 x berapa nak betul

Enjoying the food

Zana dan Kat

2 Heriot Rowans rox

Makan Buk.. jangan x makan..

2-4 time untuk girls pulak.. Dorang ada open house PoTS*.. habis pukul 2.. So after that dorang terus datang sini.. Ramai jugak la yang datang.. Waida, Tasha, Hanis, Nisa, Fatin, Wani, Zewy, Rahmah, Haneza, Aimi.. Non Malays pun ada jugak.. Jaishree, Yi Xin, Adeline.. Tapi ramai yang xdapat datang sebab demam.. Antaranya Moli, Puai Yee, Preveene.. Kejap je dah habis kuah kacang yang aku simpan tadi tu.. huhu..

Antara hadirat yang datang

dan lagi..

Dak2 Toroa datang lambat sikit.. dalam pukul 3 lebih kot.. Masa tu kitorang dah penat.. Tapi layan je.. Riuh jugak la masa tu.. Dak2 Toroa.. standard la.. Masa tu Broswin (Classmate Kiwi aku) ada jugak.. So dia tersenyum je tengok kitorang tengah riuh rendah tu.. Masa tu jugak la aku perkenalkan kuih 'Swimming Hippopotamus' (Badak berendam) kat Broswin tu.. Gelak sudey dia.. haha.. Swimming Hipo aku ni mula2 macam xlaku.. orang xnmpak kot.. sedih jugak la.. Tapi akhirnya habis jugak la.. Siap ada yang bawak balik lagi.. (kan Fatin kan?.. hehe)

Geng Toroa plus Adila dan Sarah

Dua pasangan sedondon (bukan pasangan betul tau..) bergambar di depan tandas

Multi-cultural

Sedondon keemasan

Geng Toroa menolong basuh pinggan.. Tenkiu.. (Nad nak masuk gambar jugak)

Dalam pukul 5 semua balik.. Makanan pun banyak yang dah abis.. Aku penat gile.. Ingat nak tido la.. Baru je aku nak masuk duvet (selimut), tiba2 ada orang ketuk pintu pulak.. Siapa la pulak ni?.. Sammy rupa2nya.. Brother dari Pakistan.. Dia datang dengan Ahmad dan Kide.. Layan je la.. Lepas mereka balik aku pun tidur kepenatan.. Nasib baik xterlepas Maghrib.. huhu..

It was a tiring day.. tapi best sebab dapat jumpa ramai kawan2.. =D

Di pintu masuk sebelum pintu ditutup menandakan rumah terbuka akan ditutup..


Glossary
  • PoTS - Pearl of The South: Organisasi yang mengorganise aktiviti2 keagamaan untuk para muslimat di Dunedin ini..
  • Toroa - Resident Hall yang ahlinya terdiri daripada Zaireen Hani, Ain, Athirah, Shahril. Faza, Kak Su, Hamwira, Angeline..
  • Harrow street - Flat (ataupun lebih layak dipanggil studio room) di Harrow street yang didiami oleh para senior yang otai: Wado, Salleh, Amin, Bos dan Munir..

Wednesday, September 23, 2009

AidulFitri di Perantauan..

*****
Bergambar di depan rumah di pagi raya

2 hari lepas telah tiba 1 Syawal menandakan tibanya AidulFitri.. Walaupun lambat sehari daripada kebanyakan Muslimeen yang berada di tempat lain, seperti Malaysia contohnya, kami beraya juga akhirnya..

Agak frust jugak la sebenarnya.. Mula2 tu kami dah dapat khabar2 yang mengatakan hari Ahad raya.. Ada yang cakap kat Wellington & Christchurch dah confirm raya hari Ahad.. So mindset aku dah 'Yeay!! esok raya!!'.. Tapi tiba2 dorang cakap belum confirm lagi pulak.. Sampailah dalam pukul 9:30 malam baru dapat berita yang mengatakan raya jatuh pada hari Isnin.. Down gile.. nak bangun qiamulllail pun dah tak semangat.. huhu.. Tapi bila fikir2 balik, ada hikmah jugak la sebenarnya.. Satu, kita diberi satu lagi hari di bulan Ramadhan untuk kita tingkatkan amal ibadah.. Dua, bila raya x sekali dengan Malaysia, masa femili dekat Malaysia sedang bizi beraya, kita x bizi.. Jadi kita boleh call femili di kampung tanpa sebarang masalah..

Salah satu benda yang x best raya kat New Zealand ni (selain daripada jauh dari keluarga) ialah dia punya takbir.. Dia bukan macam kat Malaysia, ada lagu2.. Kat sini takbir dia monotonous.. So untuk compensate benda ni, kitaorang pun buat takbir sendiri.. Start kat masjid lepas Isya'.. Dalam 10 minit.. Pastu buat dari rumah ke rumah.. Sampai pukul 10:30 malam jugak la.. Ada makan2 sikit kat Benji..

Bertakbir raya versi Malaysia di masjid

Lepas tu aku balik rumah dan start masak untuk raya.. Aku masak kuah kacang dan sambal ikan bilis.. Azrin masak kuah lodeh (atau lebih dikenali sebagai 'londeh' oleh 'Cikgu' Farhan Fader.. haha).. Aidi masak kuih bengka (aku xtahu betul ke x nama dia ni.. hehe).. Sedap gile kuih bengka dia.. Aidi tolong aku masak sambal jugak.. Amir pulak buat ketayap goreng.. Menurutnya makanan ni berasal daripada orang tabligh.. Kitaorang masak sambil dengar lagu raya.. hehe.. Menghidupkan suasana hari raya orang kata..

Membeli belah di malam raya

Aidi tengah mesin adunan untuk buat kuih bengka (dengan semangatnya)

Menambah rasa kepada nasi himpit

Kuih Bengka Aidi

Tengah kacau sambal sambik kacau kuah kacang.. multi-tasking.. hehe

Azrin sedang bergaya dengan nasi himpitnya (dan juga rambutnya)

Amir tengah buat something (Aku xsure apa.. karipap kot)

Lambat jugak la tidur.. dalam pukul 2 pagi..
Esoknya bangun terus panaskan makanan dan mandi dan seterusnya bersiap2 untuk ke masjid untuk solat raya.. Sempat lagi bergambar dengan ahli rumah sebelum pergi masjid.. hehe..

Di ruang tamu di pagi raya

Sebelum solat raya

Pukul 7 dah start takbir raya.. Dalam pukul 7:30, start solat raya.. Lepas tu, sama2 bersalam2an, bermaaf2an... dan bergambar2an..
Eid Mubarok.. Eid Mubarok.. Eid Mubbbaek!!..

Berpeluk-pelukan selepas solat raya

Bergambar-gambaran setelah selesai berpeluk-pelukan

Sape tah budak ni.. hehe

Hari ni aku ada kelas sebenarnya.. 2 lectures, 1 tutorial.. lectures boleh je nak ponteng sebab dia bukan ambik attendance pun.. Tutorial tu pulak tutorless (xde tutor.. 'independent' learning).. So apa lagi.. Aku buat cuti sendiri la.. Aku ponteng semua kelas.. hehe.. Bukan aku sorang je ponteng kelas.. Ramai je aku rasa especially dak2 1st year.. After solat raya tu, balik rumah kejap.. sebab rumah aku betul2 depan masjid.. So, rumah aku rumah pertama yang di'raya'i lepas solat raya la.. Lepas tu perjalanan di teruskan ke rumah2 yang lain.. Rumah Mus'ab, Hafiz, Abg Haidzrin, Toroa, Forth Street..


Rumah pertama selepas solat raya

Aku pergi rumah Hafiz tu dengan Wado, Faizal, Che Det, Syahril dan Amin.. Naik kereta Wado.. Asalnya nak pergi 2 kereta.. Tapi satu kereta lagi telah melencong ke tempat lain tanpa khabar berita.. Lepas pergi rumah Hafiz tu, pergi rumah Abg Haidzrin pulak.. Rumah Abg Haidzrin tepi rumah Hafiz je.. So, kitaorang singgah la rumah dia kejap..

Lepas tu, Faizal, CheDet dan Amin balik sebab ada hal masing2.. So tinggallah aku, Wado dan Syahril saje.. Kitaorang pergi rumah Abg Sabri.. Rumah wajib pergi ni.. Rumah Abg Sabri ni rumah feveret student2 kat sini.. (kalau Abg Sabri baca blog ni mesti kembang lubang hidung ni.. haha).. Malangnya Abg Sabri xde.. Dia sekeluarga pergi beraya kot.. So kami pun pergi lah ke Toroa..

Di rumah Hafiz dan keluarga

Sampai Toroa dalam pukul 1 lebih.. Aku paling lama beraya kat Toroa.. Masa aku sampai sana, dorang tengah tengok cerita 'Toll Gate Girl'.. Cerita raya tahun 2001 kot.. Amy Mastura & Rasyid Salleh berlakon.. Best gak la.. Rasa macam kat Malaysia pun ada jugak.. Lepas tu tengok cerita 'Los Dan Faun' arahan Afdlin Shauki.. Aku dah tengok dah sekali.. Tapi tengok lagi sekali ramai2 memang best.. Lawak gile cerita ni.. Aku suka cara Amran tu cakap.. haha.. Sape yang belum tengok, disarankan untuk menonton filem ini.. =D
Lepas tu tengok pulak cerita Rush Hour.. Memang macam tayangan raya la..

Bergumbira di Toroa

Dalam pukul 6 aku pergi ke Forth Street bersama dak2 Toroa.. Kitaorang lepak kat situ sampai Maghrib.. Ada 1 kejadian lawak berlaku masa aku kat situ.. Aku guna tandas dorang.. Maklumlah kan.. Dah banyak rumah pergi, dah banyak yang masuk.. kena la keluarkan pulak.. Yang ni dah kali ketiga aku ke tandas hari ni sebenarnya.. Macam ni ceritanya.. Toilet rumah dorang ada 2 pintu; 1 pintu bilik mandi, 1 pintu tandas.. sebab tandas tu dalam bilik mandi.. Pintu tandas tu macam x boleh tutup rapat.. So, sebagai langkah keselamatan, aku kunci jugak la pintu yang kat luar tu.. Sedang aku kat dalam tu, tiba2 aku terdengar macam ada orang nak masuk.. perempuan.. Dia tolak punya tolak pintu tu sampai boleh terbukak pintu tu walaupun aku dah kunci.. Memang dah x tahan sangat kot.. Cuak jugak la.. Tapi after that senyap je.. So, aku ingat dia dah keluar sebab mungkin dia ternampak seluar aku kat luar tu.. Tapi tiba2 aku terdengar something.. macam orang nak bukak kain or something similar tu that.. Alamak!.. So, aku pun bersuara.. 'Ada orang ni...'.. Orang tu terus gelabah dan keluar dari bilik mandi tersebut.. Sampai sekarang aku xtahu siapakah gerangan gadis itu.. Lawak2.. Yang aku terkejut tu macam mana dia boleh tolak pintu tu sampai terbuka walhal aku dah kunci pintu tu.. haha!..

Lepas Maghrib, aku kembali ke rumah bersama dak2 Toroa.. Aku serve dorang makanan2 yang masih ada.. Penat gile.. Masa tu semua macam x bermaya.. xcakap banyak.. yang tertidur pun ada.. Lepas semua tetamu balik, aku terus tidur.. dalam pukul 9 malam.. Begitulah berakhirnya 1 Syawal aku di New Zealand ini..


Glossary:
  • Toroa: Resident Hall yang ahlinya terdiri daripada Zaireen Hani, Ain, Athirah, Shahril. Faza, Kak Su, Angeline..
  • Forth Street: Flat kat Forth Street yang diduduki oleh Hanis, Fatin, Nisa' dan Nadwani.. Zewi yang tinggal di Cumberland Hall tidak ketinggalan untuk menyibuk..
*****

Wednesday, September 16, 2009

Raya dah dekat.. Jom tukar langsir..

*****
Kalau kat Malaysia, dekat2 nak raya atau malam raya tu mesti kita tukar langsir kan?. Dah lama aku tak merasa tukar langsir menjelang raya ni sebenarnya.. Bagi sesiapa yang masih boleh balik ke kampung menjelang raya ni, rajin2 la tolong mak.. Bila dah xboleh balik raya ni baru rindu nak tolong mak.. huhu~

Hari ni tiba2 landlord aku datang nak tukar langsir.. Langsir aku dah lama koyak sebenarnya.. hampir setahun kot.. Baru hari ni landlord aku ni terbuka hati nak tukar.. Maybe zu' (kena tanya AbgLeh kalau nak tahu cara sebut & makna zu' ni apa.. hehe) raya masuk ke hati dia gak kot... haha.. Aku tolong jugak dia pasang langsir tu.. Rasa macam kat Malaysia pulak.. Dulu, malam raya aku mesti tolong mak aku ataupun kakak aku tukar langsir.. Aku tolong KakCik pasang langsir, KakCik tolong aku starika baju melayu.. Saling bekerjasama.. kan KakCik kan?. hehe.. Erm, rasa macam esok dah nak raya pun ada jugak ni.. hehe..

Anyway, tu je la aku nak cakap untuk post kali ni.. xsempat pulak nak cipta lagu pasal tukar langsir ni.. haha..

Thanks Mark.. Have a good day, mate..

p.s: xde bateri la pulak kamera aku ni.. ingat nak ambik gambar langsir baru aku ni.. huhu..
*****

Monday, September 14, 2009

Pagi Hari Raya (ft Faizal Ahmad)



Tajuk: Pagi Hari Raya
Nyanyian: Azku & Faizal
Ciptaan: Yaakob Kelantan

Kuterkenang desa halamanku
Di pagi dingin bayu menyapaku
Lalu mengalir air mataku
Merindukan ayah dan ibu

Dalam kesayuan aku terbayang
Wajahmu ibu dalam ketenangan
Lalu kusapu air mataku
Mendoakanmu diredha selalu

Dalam kedamaian damai pagi raya
Keheningan angin pagi mengusik jiwa
Oh Angin, sampaikanlah rinduku padanya
Walau tidak bersua

Terdengar alunan takbir segenap alam
Mendetik rasa rindu di hati yang suram
Mengingatkan daku pada kenangan silam
sungguh indah dan permai

Ya Allah Ya Tuhanku
Kubermohon padaMu
Berikan ketenangan di hati sayu ini
Moga dapat kurasakan bahagia di jiwa
Di pagi ini pagi hari raya


*****
Lagu ini dicipta untuk raya tahun lepas, iaitu pada 11 September 2008.. Kami plan untuk buat video sebenarnya.. Dah siap shooting dah pun.. Kat botanical garden (taman bunga) lagi.. Tapi malangnya xsempat nak edit video tersebut dan terbekalailah lagu ini.. Rasanya x akan terbuat pun kot video tu.. Audio je pun jadi la.. huhu..Alang2 dah ada blog sekarang, dan dah nak dekat raya ni, aku post la lagu ni sekarang..

Lagu ini tercipta sebab masa tu dah 2 tahun aku xbalik Malaysia.. Jadi rasa rindu pada femili membuak2.. Terbayang suasana pagi raya tanpa keluarga di sisi.. huhu.. Masa tu tengah mandi.. hehe..

Oh ye.. bagi yang xtahu.. suara yang sedap tu ialah suara Encik Faizal.. Suara yg xberape sedap tu.. erm, suara aku la tu.. huhu..
Sori sebab ada batuk2 dalam lagu ni.. Faizal la ni.. Dah tau tengah record, nak jugak batuk.. haih~.. Tp ni la recording yang terbaik antara banyak2 recording yang kami buat masa tu..

Terima kasih kepada Amir sebab sudi main gitar sama2 dan telah menggoreng dengan bestnya.. Trimas Bro..

Jadi, Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan buat semua.. Pagi hari raya kali ni kita xdapat bersama lagi.. huhu.. =( Tapi xpe.. Jauh di mata, dekat di hati.. =)
*****

Harapan Ramadhan Raikan Syawal




Lagu: Harapan Ramadhan Raikan Syawal
Ciptaan: Munirmuji
Nyanyian: Azku, Aizat, Farrael, CheDet, Farhan, Faizal, Bukhari, Munir, Azrin & Faried
Pemain gitar: Munir & Faza
Pengarah video: Farrael
Juruedit video: Farrael & Munir
Jurukamera: Imran

Harapan di Ramadhan
Moga berkekalan
Azam dan amalan
Damba keikhlasan

Sebulan ditunaikan
Kewajiban tuntutan
Syukur dipanjatkan
Pada yang menciptakan

Berikanlah peluang
Untuk ku berusa
Dengan Ramadhan yang seterusnya

Raikanlah Syawal
Yang bakal menjelang tiba
Kejyaan kita bersama

Laungan takbir bergema
Pujian pada yang Esa
Tangisan tanda gembira
Lafazkanlah kalimah syukur
Yang tak terhingga

Ucapan salam nan mesra
Kemaafan yang dipinta
Jalinkan hubungan mesra
Sesama kita eratkan
Ukhuwah yang terbina

Pada keluarga
Kenalan jua
Ingatan buat semua

Di hari raya
Hari mulia
Bersama kita gembira

*****
Lagu raya ciptaan saudara Munir Muji.. Aku suka lagu ni.. Best.. Munir ni memang berbakat cipta lagu.. Aku x sehebat dia kot..

Faza.. lu memang terbaik bro.. Goreng gitar memang masyuk ar.. Lambat lagi kot aku nak boleh main sampai macam lu.. huhu..

Video raya ini di'shoot' si sekitar University of Otago, Dunedin, New Zealand.. Thanks to Farrael & Imran.. Sehari suntuk gak la kitaorang shoot(Tp kitaorang banyak guna masa untuk bergambar sebenarnya.. hehe).. Tengah spring.. Bunga2 memang lawa.. Tapi kena pulak hari tu hujan.. Sejuk gile.. Pakai baju melayu yang nipis tu, pastu di musim spring di Dunedin yang sejuk ni, ditambah pulak dengan hujan.. pergh! memang beku la.. Sehari suntuk pulak tu.. Dah la puasa.. huhu.. Balik rumah, bibir kering.. huhu

Tapi bagi aku worth it la.. Masuk tahun ni, 3 tahun la aku raya kat sini.. Video raya kali ni paling best bagi aku sebab:
1- Lagu ni best..
2-Orang2 yang nyanyi bersama sume satu geng..
3-Tahun ni tahun terakhir aku di sini.. Next year gi Christchurch.. huhu

Apa2 pun, saya, Tengku Azran, yang kini berada di bumi Dunedin, New Zealand, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada keluarga dan sanak saudara di Malaysia, Cikgu2 dan lecturer2, kawan2 di mana jua anda berada, dan seluruh rakyat Malaysia dan ummat Islam di seluruh dunia (ceh.. cara cakap macam satu dunia tengok video ni je..)

Salam Aidilfitri~
*****