Friday, September 11, 2009

Berdosanya Aku..



Lagu: Berdosanya Aku
Nyanyian: Azku
Ciptaan: Yaakob Kelantan

Begitu banyak dosa
Kulakukan kepadaMu Tuhan
Aku hanya insan lemah dan hina
Tak lepas dari melakukan dosa

Kadang-kadang hati terlalai
Terkadang janji dikhianati
Terkadang amanah tak terjaga
Begitu berdosanya aku

Oh Tuhan
Aku bermohon padaMu
Ampunkan segala dosaku
Bersihkan hitam dihatiku

Oh Tuhan
Berikanlah ku kekuatan
Untuk kuterus mentaatiMu
Dan menjadi hambaMu yang terbaik


*****
Aku x ingat bila aku cipta lagu ni.. Dalam awal tahun ni.. Dalam bulan 3 kot..

Aku post lagu ni bersesuaian dengan Bulan Ramadhan yang mulia ini.. Sama2lah kita menilai diri.. Banyak sebenarnya dosa yang kita lakukan tanpa kita sedari.. Bersama2lah kita memohon keampunan daripadaNya.. dan bersyukur kepadaNya atas segala nikmat dan inayah yang tidak terhingga yang dikurniakan olehNya..

Erm, nak cerita sikit ni.. Tadi aku ada interview dengan seorang yang ada head trauma sampai dia hilang ingatan dan ada beberapa conditions yang lain seperti muscle weakness, muscle wasting dan sebagainya.. Aku bermohon kepadaNya agar kita dilindungi daripada bencana sebegitu..

Interview tadi juga membuat aku lebih bersemangat untuk menulis blog sebagai lakaran hidup aku untuk dijadikan memori.. Memory is a great gift from Allah.. Bila2 masa Dia boleh tarik balik.. Blog ni one of the ways to store the memory.. Well, just in case (NauzubiLlah min zaalik)..

Anyway.. Salam Ramadhan sekali lagi.. Perbanyakkanlah amalan di 10 akhir Ramadhan ini.. Peluang hanya datang setahun sekali.. Tahun depan belum tentu kita dapat bersua dengan Ramadhan yang seterusnya...

Selamat beramal~
*****

2 comments:

Lan dan Jie said...

Pandai cipta lagu rupa-rupanya dia. Bila nak balik Malaysia jumpa Ummair?

Azku said...

Lambat lagi.. huhu.. nanti abengoh balik rrayo ni, tlg la bukok blog ni ko oghe kkampung.. Aa ado buat lagu khas untuk ma..