Monday, December 7, 2009

Hanya Kisah Semalam..




Tajuk: Hanya Kisah Semalam
Nyanyian: Azku & Dlyn Azmi
Lirik: Dlyn Azmi
Melodi: Yaakob Kelantan

Terkenang saat tertawa bersama
Berkongsi duka dan lara
Tiada rahsia antara kita
Kerana teguhnya persahabatan (yang terjalin)

Dikala kesedihan menyelubungimu
Akanku gamit keceriaan
Apabila kesukaran menghantuiku
Hadirmu menghilangkan resah

Namun sahabat
Semua itu hanya kisah semalam
Yang tidak mungkin lagi berulang

Kerana keakraban yang begitu erat
Kau dan aku menjadi alpa
Tidak lagi saling menghormati
Kepercayaan berterusan pudar
Kejujuran mula diragui

Puasku mengimbau segala kesilapan
Mencari punca terjadi semua ini
Kerana mengikut kata hati
Persahabatan ini harus dilukai

Andai dapat diputar waktu
Akan ku bina kembali keakraban ini
Tanpa perlu menyakiti
Tanpa perlu disakiti


Ini dia lagu terbaru dari aku.. Sperti yang dapat dilihat di atas, lagu ini dicipta dan dinyanyikan oleh Aku dan Dlyn Azmi.. Dlyn Azmi (Aku panggil KakLyn) ni seorang penulis novel yang mantap.. Jadi aku berasa begitu bangga dapat collaborate dengan beliau..

KakLyn tulis lirk lagu ni dalam bulan 11.. Masa tu aku tengah final exam.. Aku ni pantang ada lirik, terus nak buat lagu, walaupun tgh musim exam.. Akhirnya aku berjaya siapkan lagu ni sebelum aku habis final exam..

I had a hard time writing this song sebenarnya.. Yang part intro tu kejap je buat.. beberapa minit je. Yang chorus susah.. berhari2 jugak la.. banyak kali tukar.. Akhirnya terhasillah apa yang terhasil ni..

Bila dah abis exam, aku & KakLyn start recording.. KakLyn dah balik Malaysia, so xleh record dah.. This is the best recording we4 have so far..

Hope uguys like this song..

Saturday, November 28, 2009

Kereta Pertamaku...

ni bukan gambar kereta aku, tapi sama model la..

Semalam, pada jam 6 petang, aku telah berjaya membeli sebuah kereta buat pertama kalinya.. Kereta Mitsubishi Gallant 1988.. Aku berjaya membeli kereta ni dengan harga yang agak murah jugak la.. Dapat murah sebab kereta ni punya exterior agak teruk teruk.. ada 'menggelupas', ada kemik2.. Tapi dalam dia terbaik.. Kerusi dia siap ada bulu2 lagi.. haha..

Walaupun kereta buruk, aku excited jugak la.. Ye la.. First car la katakan.. Kawan aku yang tolong aku beli kereta ni.. DIa memang seorang car dealer yang mantap.. Itu lagi satu faktor kenapa aku dapat beli kereta ni dengan harga yang murah..

Kawan aku yang car dealer ni sebenarnya dah ada seorang potential buyer yang nak beli kereta.. So, malamnya, dalam pukul 11 malam, kitaorang pergi jumpa buyer tu.. Masa tu aku tengah tolong dak2 ni masak2 untuk Raya Qurban hari ni.. Aku lari kejap pergi jumpa potential buyer ni..

Dipendekkan cerita, setalah nego2 sikit, kami berjaya menjual kereta tersebut dengan harga yang xde la mahal sangat, tapi lagi mahal daripada harga yang kitaorang beli.. So, ada la buat untung sikit.. share2.. Mungkin rezeki malam raya kitaorang kot.. hehe..

So, itulah cerita kereta pertama aku.. yang aku miliki selama lebih kurang 5 jam sahaja.. Nak bergambar dengan kereta tu pun x sempat..

Misi memburu kereta akan diteruskan lagi..

Friday, November 13, 2009

Tensi2!!

Semalam, antara aktiviti selepas exam, kitorang main frisbee kat Logan Park.. Aku letak la beg aku yg berisi air dan camera kt tepi padang tu..

Bila kitorang main tu, makin lama makin ke tgh padang.. dan aku lupa pasal beg aku tu.. Pastu kitorang berhenti rehat kejap.. Baru aku ingat pasal beg aku sbb aku dahaga.. Sebab aku nak minum air yang kat dalam beg aku tu la.. Cari2, xde.. Aku sebenarnya xde la tensi sangat masa tu.. Sebab aku x sayang sangat camera aku tu.. Walaupun ada la sentimental value jugak camera tu sebenarnya sebab aku beli camera tu dengan Kakcik aku.. Tapi sebab aku xguna sangat camera tu, aku xde la tensi sangat.. Sambung main macam biasa je lepas tu... Siap boleh menang lagi..

Lepas tu, kitorang balik la.. Tapi malam tu, aku cari la PSP aku sebab nak main sambil aku masak kuah kacang.. Cari2, xde.. Biasa aku letak atas katil je.. Tapi aku cari xde.. Kemungkinan besar PSP aku ada dlm beg yang hilang tu jugak.. Tensi2!!.. Nak masak pun dah xde semangat. Kuah kacang pun jadi xsedap sebab aku masak tanpa kasih sayang.. huhu..

Tolonglah jangan ada dalam beg tu wahai PSPku.. Mintak2 ada lah terselit kat mana2 yang aku xnampak.. Dah la aku baru je ada game Smackdown vs Raw 2010.. xpuas main lagi.. huhu..

Thursday, October 29, 2009

Syukur Alhamdulillah...

http://bucks.ac.uk/images/girls.jpg


Hari Selasa hari tu aku ada final exam.. OSCE.. Aku pun x ingat OSCE ni stands for what.. Tapi basically OSCE ni adalah ujian di mana kami para pelajar perubatan ini diuji dari segi consultation skill (menemubual pesakit) dan physical examination (pemeriksaan kesihatan)..

Ada 4 stesen semuanya.. 2 untuk consultation skills dan 2 untuk physical examination.. Untuk consultation skills, satu tu sakit kepala, satu lagi ada masalah dengan period.. heavy, sakit dan sebagainya.. Dua2 ni aku rasa macam oke la.. yang sakit kepala tu aku habis awal seminit sebab jam dok kat belakang aku.. Jadi aku xtahu la berapa minit lagi tinggal.. Sepatutnya 7 minit.. Untuk yang period tu pulak, aku memang puas hati.. The best consultation skill yang pernah aku buat so far kot..

Untuk physical examination pulak, satu tu kena test upper limb (tangan).. test power (kekuatan) dan reflex.. Yang ni memang study group kitaorang dah selalu practise.. So lancar jugak la.. Tapi aku lupa nak basuh tangan daa.. Dia untuk physical examination punya station memang wajib basuh tangan.. kalau x, kena potong markah.. Tp xpe la.. mintak2 dia x potong byk markah..

Stesen yang last ni yang masalah.. Kena buat urinalysis (test air kencing).. Kitaorang memang ada belajar.. Awal2 tahun dulu.. Tu pun sekali je buat.. So kitaorang macam x expect benda ni akan keluar.. Memang xpernah practise pun dalam study group kitaorang.. Ye la kan.. xkan nak bergilir2 test air kencing masing2.. huhu.. Memang screwed la.. Byk gile kesilapan yang aku buat.. Antaranya:
  1. Sebab aku basuh tangan, bila aku nak pakai glove (sarung tangan), jadi susah.. struggle gile.. Melekat2 kat tangan.. lama jugak la aku ambik masa untuk pakai glove tu.. Sampai aku nampak Hamish Wilson (examiner) tu tulis something kat kertas dia.. maybe dia tulis 'Mamat ni nak pakai glove pun xreti'..
  2. Lepas aku dah celup strip tu dalam air kencing tu, aku cakap kena tunggu dalam 30 saat.. Lepas tu kena pulak aku xpakai jam.. Aku memang jenis xpakai jam.. Biasanya aku tengok jam kat handphone je.. Kena pulak masa tu jam dinding kat belakang tu.. Jadi terpaksa toleh ke belakang.. haha.. Memang awkward la..
  3. Bila aku nak cek result tu, tiba2 Hamish Wilson tu tanya aku.. 'How long should u wait for leukocytes?' - 'Berapa lama sepatutnya awak tunggu untuk sel darah putih?'.. Bila aku check kat botol tu, rupa2nya kena tunggu at least 2 minit.. huhu..
  4. Lepas tu dia bagi pulak gambar.. Bandingkan antara normal dengan abnormal.. Masalahnya dia bagi gambar tu terbalik.. Bila aku bandingkan dengan yang kat botol tu, aku jadi confused.. Apasal x sama.. Dah lama aku confused baru aku sedar yang gambar tu terbalik..
  5. Last sekali dia tanya aku soalan.. Entah macam mana aku boleh blurr.. Jadi xberapa nak boleh jawab sangat.. huhu..
Pastu sebelum aku keluar tu, aku nampak dia tanda aku dapat 'BARE FAIL'.. huhu.. Memang aku down gile..

Begini lah rupa bentuk Urinalysis punya alat tu..
http://www.aconlabs.com/images/urinalysis2.jpg

Hari ni result keluar.. Dia kata dia akan email semua orang dalam pukul 3-4 petang.. Aku kat Burns.. Memang tertunggu2 la.. Ramai jugak budak Medik kat sini.. So semua macam xsabar2 nak tahu result.. Nak stadi pun xboleh.. Dah pukul 4 pun xkeluar2 lagi.. Kat facebook semua orang cakap pasal benda ni.. Siap ada group lagi yang namanya 'I hate waiting for OSCe result'.. haha..

Akhirnya dalam pukul 5 kot, kitaorang dapat jugak email yang dinanti2 tu.. Alhamdulillah aku pass.. Happy gile aku rasa.. Rasa macam nak frame je email yang dia bagi ni dan letak kat dinding.. Ye la sebab aku expect aku akan fail.. Sebab aku fail satu station tu.. Alhamdulillah maybe stesen lain dapat cover balik ke 'fail'lan aku tu.. Syukur..

Tpi malangnya ada sorang kawan aku xpass.. So, dia kena repeat esok.. Aku doakan dia boleh pass esok.. Aku dan kawan2 yang lain akan sama2 support dia..

Wednesday, October 21, 2009

Bisakah Kau Berdiri Tanpaku Di sisimu Lagi..



Tajuk: Bisakah Kau Berdiri Tanpaku Di sisimu lagi
Nyayian: Azku
Lagu: Yaakob Kelantan
Lirik: Rasyidah, Nadhila & Yaakob Kelantan
Bisakah kau berdiri tanpaku di sisimu lagi
Ku tahu ku takkan bisa, jangan kau pergi

Tanpamu gelaplah siangku, pudarlah warnaku,
Tiada harapan lagi bagiku. tanpamu di sini, siapalah aku?

Cinta mengapa kau hadir
Cinta membawa derita
Cinta oh cinta
Mungkin tiada cinta darimu untuk diriku

Semenjak kau pergi hilanglah sinar cahaya
Kini perkataan cinta bagiku tiada makna, tiada makna

Mengapa bertemu andai berpisah akhirnya
Mengapa rasa itu berputik andai kecewa akhirnya

Kemana pergi janji manismu untuk sehidup semati?
Bagaimana ku harus meneruskan hidup tanpamu di sisi, jangan kau pergi

*****
Sejarah lagu ini agak menarik.. Kalau anda perasan, ada 2 benda yang menarik pasal lagu ini.. Satu, tajuknya yang begitu panjang.. Dua, liriknya ditulis tiga orang iaitu Rasyidah*, Nadhila* dan aku sendiri..

Uniknya lagu ini adalah sebab ianya berasal daripada status facebook Rasyidah.. Semalam, asalnya Rasyidah tulis 'Bisakah Kau Berdiri Tanpaku Di sisimu Lagi' kat status facebook dia.. Pastu Nadhila tiba2 sambung ayat Rasyidah tu.. Aku pun tiba2 tergerak untuk sambung jugak.. Kitaorang pun saling sambung menyambung, madah bermadah sampai lah jadi panjang seperti mana yang anda boleh baca di atas ini..

Masa tu aku kat Burns*.. Stadi.. Dalam pukul 3 pagi tu, aku dah penat study.. So, aku balik rumah.. Entah macam mana aku boleh ada idea untuk buat lagu menggunakan 'puisi' ini.. Aku rearrange sikit.. ada ubah2 sikit.. Dalam pukul 4 pagi tadi aku berjaya siapkan lagu ini.. Ini adalah lirik asal sebelum aku rearrange..

bisakah kau berdiri tanpa ku disisi mu lagi?
nggak bisa... jangan kau pergi!

tanpamu gelaplah siangku, pudarlah warnaku,
tiada harapan lagi bagiku. tanpamu di sini, siapakah diriku?

mengapa bertemu andai berpisah akhirnya...
mengapa rasa itu berputik andai kecewa akhirnya?

sejak kau pergi hilanglah sinar cahaya,
kini perkataan "cinta" bagiku tiada makna...

kemana pergi janji manismu untuk sehidup semati?
bagaimana ku harus meneruskan hidup tanpamu di sisi.

cinta, mengapa kau hadir..
cinta, membawa derita
cinta oh cinta..
mungkin tiada cinta darimu untuk diriku ini...


Erm, dekat2 exam ni pun masih sempat lagi nak buat lagu aku ni.. huhu.. xpe lah.. release stress.. music therapy bak kata Apeng.. hehe..

Untuk Rasyidah dan Nadhila, lagu ni khas buat anda.. Lain kali boleh la kita collaborate lagi ye.. hehe..
*****
Glossary:
  • Rasyidah - 3rd year med from Brunei
  • Nadhila - 3rd year med from Malaysia
  • Burns - Computer lab yang terletak di Bangunan yang diberi nama Burns.. Burns merupakan tempat tumpuan para pelajar di sini untuk study terutama sekali di musim peperiksaan ini.. Aku memang tiap2 malam bermukim di Burns..
  • Apeng - Nama sebenar adalah Afif.. Tapi dikenali sebagai Apeng sebab dulu pagi2 selalu buat lempeng.. Juga 3rd year med from malaysia

Tuesday, October 20, 2009

Sedih.. Pedih..


Tajuk: Pedih.. Sedih
Nyanyian: Azku
Ciptaan: Yaakob Kelantan

Sedih.. sedih
Aku terasa sedih
melihatkan nasib diri ini

Pedih.. pedih
Hati terasa pedih
Bila semua harapan hancur berkecai



Friday, October 16, 2009

Hari terakhir 3rd year Med..

Not really 'hari terakhir'.. Tapi hari ni hari terakhir kitaorang ada lecture. Lepas ni dah xde dah.. Cuti seminggu, pastu final exam.. huhu..

Pagi tadi ada tutorial.. last tutorial for Healthcare in Community (HIC).. So tutor kami bawak cheesecake.. Best~
Thank Ruth.. Thanks for everything.. U helped me a lot in this past 2 years..

Hari ni macam2 ragam boleh dilihat.. memang menjadi tradisi Med School kat sini untuk pakai pelik2 masa hari last 3rd year.. Sebabnya next year, kitaorang kena berpecah.. 1/3 stay kat Dunedin, 1/3 pergi Wellington dan 1/3 pergi Christchurch (termasuk aku).. Buat clinical years kat tempat2 ni selama 3 tahun.. So hari ini adalah hari terakhir kami ada formal gathering untuk the whole class sehinggalah graduation day nanti insyaALLAH..

Macam2 kostum yang dipakai.. pokemon ada, baju tidur ada, ninja ada, kingkong ada, tukang paip ada, pastu ada yang pakai janggut palsu, rambut palsu dan macam2 lagi.. Tapi malangnya aku lupa bawak kamera tadi.. so xdapatlah aku capture gelagat2 mereka.. Nanti kalau aku boleh dapatkan daripada kawan2 aku, aku post la kat sini..

Yang paling mengejutkan (tapi aku dah expect dah sebenarnya sebab last year punya 3rd year ada benda macam ni jugak) adalah apabila masa tengah lecture tu, ada sorang mamat kiwi berlari turun dari atas lecture theatre dengan memakai topeng sambil menjerit2.. Bila aku sebut pakai topeng, maknanya pakai topeng sahaja, benda lain xpakai.. yaani, dia berlari dalam lecture tu dalam keadaan berbogel.. haha.. macam2 budak kiwi ni.. Tapi lelaki buat apa.. kalau perempuan nak la jugak aku tengok.. hehe..

Anyway aku pun dress up jugak.. Pakai ala2 inspector gitu..main tibai je apa yang ada kat rumah.. haha..

Begitulah berakhirnya 3rd year.. rasa sayu pun ada jugak.. Lepas ni dah x ada dah la suasana macam ni.. Sekarang ni semua sedang prepare untuk final exam.. Good luck for all.. Harap2 kita semua pass 3rd year with flying colour (bak kata Shara)..
We'll meet again on graduation day.. Sweet as~


Saturday, October 10, 2009

Kau Masih Berpunya..




Tajuk: Kau Masih Berpunya
Nyanyian: Azku
Ciptaan: Yaakob Kelantan

Pertama kali terpandang wajahmu
hatiku terpikat padamu
kucoba mendekatimu
untuk coba mengenalimu
tapi malangnya kau sudah berpunya

lalu kita pun terpisah
kerana mengejar impian
dengan masa yg berlalu
pilu hatiku telah hilang
Kupasrah kau sudah berpunya

3 tahun telah pun berlalu
kini kita pun bertemu
hatiku berbunga kembali
diriku meronta untuk disayangi

kumula menaruh harapan
untuk memilikimu
kumerasakan seperti disayangi
mungkin hanyalah mainan perasaan

Namun apakan daya
sejarah berulang semula
tak mungkin kita kan bersama
kerna keadaan memaksa
Malangnya kau masih berpunya
kupasrah kau masih berpunya


*****
Lagu ni telah ditulis dan direcord pada tanggal 7 Ogos 2009.. Secara personalnya, bagi aku, lagu ini agak sedih.. dari segi lirik mahupun melodi (padahal aku sendiri yang cipta.. haha)..

Lagu ini mengisahkan cinta yang tak berbalas.. yang mana mungkin pernah berlaku ataupun akan berlaku kepada sebahagian besar daripada kita...

Bila kita suka someone, biasanya kita approach dia kan?. (kalau berani la.. huhu).. kawan2 dulu.. then, luahkan rasa hati kepadanya.. Apa yang paling sedih ialah apabila mendapat tahu yang dia sudah berpunya..

Tapi sebagai manusia, kita sebenarnya ada kelebihan untuk compensate dengan apa yang berlaku dalam hidup kita.. Apabila benda macam ni berlaku, kita akan tenangkan jiwa, ubati luka di hati.. Dan dengan masa yang berlalu, perlahan2 segala sedih dan pilu itu kian pudar.. Lebih2 lagi kalau masing2 berjauhan sebab sambung belajar atau bekerja di tempat yang berlainan..

Tapi, andai ditakdirkan bertemu kembali, walaupun kita dah yakin yang kita dah lupakan perasaan yang kita pernah ada tu, bila jumpa dia balik, perasaan itu sebenarnya datang kembali tanpa kita sedari.. Kita akan mula menaruh perasaan.. Dan mungkin kita mula rasa macam dia pun ada perasaan kat kita.. Kita akan mula berkata2 dalam hati..

'Mintak2 lah dia dah clash ngan mamat tu..'

Sadly, that is not always the case.. Kemungkinan besar dia masih lagi berpunya.. Kalau bukan dengan yang dulu tu pun, mungkin dengan orang lain pulak.. Bila dapat tahu yang dia masih berpunya, memang kuasa dua la sedihnya.. Lebih2 lagi kalau kita dah perasan yang dia pun ada perasaan kat kita.. Bagai luka lama yang hampir sembuh ditoreh kembali.. Luka ini la yang susah nak sembuh.. Mungkin tak akan sembuh sampai bila2..

Tapi in the end, mungkin kita hanya mampu menerima segala apa yang berlaku dengan pasrah..

atau mungkin terus berharap...
*****

Thursday, October 8, 2009

Hari Ini Hari Lahirmu..





Tajuk: Hari Ini Hari Lahirmu

Nyanyian: Azku
Ciptaan: Yaakob Kelantan


Hari ini
Hari istimewa
Hari lahirmu
Teman yang ku rindu

Hari ini
Kunyanyikan lagu ini
Untuk mengucapkan
Selamat hari lahir kepadamu..

Selamat hari lahir kuucapkan kepadamu
Semoga panjang umur murah rezeki

Selamat hari lahir kuucapkan kepadamu
Semoga kau sentiasa berbahagia di mana pun dikau berada

Selamat Hari Lahir

*****
Lagu ni aku baru buat hari ni.. Bersempena dengan hari lahir someone..

Aku xde duit la nak beli hadiah.. huhu.. Jadi aku hadiahkanlah lagu ni special untuk kau.. Selamat Hari Lahir.. Semoga Happy selalu.. Semoga kau akan dapat segala apa yang kau impikan.. Semoga sentiasa dalam RahmatNya..

*****

Wednesday, September 30, 2009

24 Open House..

Sempena AidulFitr tahun ni, kami di 24 Clyde St telah menganjurkan open house pada hari ahad yang lalu (27 Sept 2009).. Kebanyakan makanan dimasak oleh Amir.. Dia semangat gile nak masak untuk rumah terbuka ni.. Dia buat Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Rendang Daging, Karipap, Cokodok dan Lemang.. Aku buat Kuah Kacang dan Bijik Nangka (aka Badak Berendam) je.. Aidi (walaupun bukan penghuni flat 24) buat kuih bengka atas tunjuk ajar awek beliau, Izzah.. Azrin pulak asalnya nak buat lodeh, tapi dia cakap semua rumah terbuka yang dia pergi ada buat lodeh.. so dia dah boring.. Tambahan pula, menurutnya, Zaireen cakap kalau dia buat jugak kuah lodeh, dia akan disumpah jadi katak.. haha.. So, Azrin xbuat apa2 la.. Dia & Faried tolong2 masak makanan2 yang tersebut di atas ini..

Amir start masak dari pagi Sabtu lagi.. Dia buat Rendang dan tepung untuk buat karipap.. Tapi officially, kitorang start after Asar, lepas balik dari rumah2 terbuka yang ada pada hari Sabtu tu, namely Benji, Abg Haizal dan Abg Khairul.. Pukul 2 jugak la kitorang tidur.. Ni ada lah gambar sikit semasa kitorang prepare untuk open house ni..

Aku tengah buang kulit kacang, Amir tengah buat karipap

Aidi tengah belajar buat karipap daripada aku.. hehe

Sedang memotong ayam dengan jayanya

Excited masak

Ayam sebelum jadi merah

Ayam masak merah Amir.. sedap

Bijik Nangka aka Badak Berendam aka Swimming Hipo aka Jackfruit's Seed

Esoknya (Ahad), semua bangun lambat.. Tambahan pula hari ni start daylight saving.. Daylight saving, bagi sesiapa yang x tahu, adalah apabila jam dicepatkan 1 jam.. Maknanya kalau semalam pukul 7 pagi, hari ni jadi pukul 8 pagi.. Maknanya kalau semalam beza 4 jam dengan Malaysia, hari ni beza 5 jam.. So rasa macam bangun pukul 7.. tetapi sebenarnya dah pukul 8..

Pagi ni kitorang panaskan makanan2 yang dimasak semalam.. Pastu aku goreng karipap.. Azrin buat cokodok.. Amir buat lemang.. Terbaik lemang yang Amir buat ni.. macam kat Malaysia..

Karipap x berapa menjadi la.. melekat2.. So, macam2 bentuk yang terhasil.. Ada yang jadi panjang, ada yang jadi bulat macam cokodok.. Tapi alhamdulillah lah, ada jugak yang menjadi.. & walaupun rupa xberapa nak menjadi, rasa sedap.. rangup..

Karipap yang pelbagai bentuk.. panjang, bulat.. semua ada

Pukul 12 dah ada yang sampai.. Memang xsabar nak makan kot.. Tapi ada jugak yang datang lambat sebab lupa hari ni start daylight saving.. (termasuklah Aidi..) 12-2 untuk lelaki.. So ramai la yang datang.. Kide, Ben, Pian, Benji, Harrow street.. Meriah jugak la.. Non-Malaysians pun ada jugak yang datang.. Kawan 3rd year med.. Kat, Zana.. Dalam pukul 1:30 kuah kacang aku dah nak habis.. Laju gile.. Laku jugak rupanya kuah kacang aku ni.. Aku pun ambik 2-3 senduk untuk disimpan untuk girls nanti..

Antara hadirin yang datang

Geng2 x berapa nak betul

Enjoying the food

Zana dan Kat

2 Heriot Rowans rox

Makan Buk.. jangan x makan..

2-4 time untuk girls pulak.. Dorang ada open house PoTS*.. habis pukul 2.. So after that dorang terus datang sini.. Ramai jugak la yang datang.. Waida, Tasha, Hanis, Nisa, Fatin, Wani, Zewy, Rahmah, Haneza, Aimi.. Non Malays pun ada jugak.. Jaishree, Yi Xin, Adeline.. Tapi ramai yang xdapat datang sebab demam.. Antaranya Moli, Puai Yee, Preveene.. Kejap je dah habis kuah kacang yang aku simpan tadi tu.. huhu..

Antara hadirat yang datang

dan lagi..

Dak2 Toroa datang lambat sikit.. dalam pukul 3 lebih kot.. Masa tu kitorang dah penat.. Tapi layan je.. Riuh jugak la masa tu.. Dak2 Toroa.. standard la.. Masa tu Broswin (Classmate Kiwi aku) ada jugak.. So dia tersenyum je tengok kitorang tengah riuh rendah tu.. Masa tu jugak la aku perkenalkan kuih 'Swimming Hippopotamus' (Badak berendam) kat Broswin tu.. Gelak sudey dia.. haha.. Swimming Hipo aku ni mula2 macam xlaku.. orang xnmpak kot.. sedih jugak la.. Tapi akhirnya habis jugak la.. Siap ada yang bawak balik lagi.. (kan Fatin kan?.. hehe)

Geng Toroa plus Adila dan Sarah

Dua pasangan sedondon (bukan pasangan betul tau..) bergambar di depan tandas

Multi-cultural

Sedondon keemasan

Geng Toroa menolong basuh pinggan.. Tenkiu.. (Nad nak masuk gambar jugak)

Dalam pukul 5 semua balik.. Makanan pun banyak yang dah abis.. Aku penat gile.. Ingat nak tido la.. Baru je aku nak masuk duvet (selimut), tiba2 ada orang ketuk pintu pulak.. Siapa la pulak ni?.. Sammy rupa2nya.. Brother dari Pakistan.. Dia datang dengan Ahmad dan Kide.. Layan je la.. Lepas mereka balik aku pun tidur kepenatan.. Nasib baik xterlepas Maghrib.. huhu..

It was a tiring day.. tapi best sebab dapat jumpa ramai kawan2.. =D

Di pintu masuk sebelum pintu ditutup menandakan rumah terbuka akan ditutup..


Glossary
  • PoTS - Pearl of The South: Organisasi yang mengorganise aktiviti2 keagamaan untuk para muslimat di Dunedin ini..
  • Toroa - Resident Hall yang ahlinya terdiri daripada Zaireen Hani, Ain, Athirah, Shahril. Faza, Kak Su, Hamwira, Angeline..
  • Harrow street - Flat (ataupun lebih layak dipanggil studio room) di Harrow street yang didiami oleh para senior yang otai: Wado, Salleh, Amin, Bos dan Munir..

Saturday, September 26, 2009

Malas gila!!!






Tajuk: Malas Gila!!!

Nyanyian: Azku
Ciptaan: Yaakob Kelantan

Dulu akulah best student (boleh lah)
Kini aku hanyalah one of the students

Dulu semua cikgu sayang dekat aku (Aku rasa lah)
Kini sorang cikgu pun tak kenal aku

Dulu aku berusaha jadi the best
kini cukup makan pun dah cukup best (Asal pass sudey!!)

Senang cerita, dulu aku rajin gile
Kini, aku malas gile

Kuharus melupakan segala kegemilangan
yang pernah kucapai di waktu dulu..

Kuharus berusaha demi kecemerlangan
yang ingin kugapai di ketika ini..

Aku akan fail.. Aku akan fail.. Aku akan fail!!
Unless aku berubah
Aku harus berubah
Aku mesti berubah...


*****
Lagu ini aku compose pagi semalam.. Lagu ini aku dedikasikan khas untuk diri aku sendiri (Boleh dituju kepada sesiapa yang malas macam aku jugak.. hehe)..Sebabnya, kebelakangan ini aku malas gile nak study.. Walhal final exam lagi sebulan je.. Aku pun x tahu kenapa aku malas sangat.. Mungkin sebab dah lama sangat study kot.. sampai naik boring.. Tapi bila fikir2 balik, x boleh sebenarnya aku gunakan alasan itu sebagai excuse (eh.. betul ke ayat aku ni?..) untuk aku malas nak study..

Dulu aku rajin dowh.. At least lagi rajin la daripada sekarang ni.. Sekarang ni.. Ya Allah.. Apatah nak menghapal benda2 yang patut dihapal tu, nak bukak buku pun rasa malas.. padahal banyak gile nak kena study.. Apa la nak jadi dengan aku ni.. Mungkin juga aku terlalu selesa dengan apa yang aku dah capai hingga ke tahap ini..

Aku teringat kata Dr Zainur Rasyid masa kat Roadshow Palestin hari tu.. Dia cakap
'Forget your past achievement..'
Memang betul la apa yang dia cakap tu.. dan itu lah apa yang aku patut buat sekarang.. Aku patut lupakan segala yang aku pernah capai sebelum ini..
'Fine, dulu memang kau hebat.. Tabik spring la.. Sekarang? Ape cite?.. xkan macam ni je kot..'
Jadi, ini adalah masa untuk aku melakar sejarah baru dalam hidup aku ni.. Go Pokku Go!!
'It's time to be the best again...'

'Berikanlah daku kekuatan ya Allah...'
p.s: Lirik lagu ni bukan 100% tepat.. contohnya: Akulah best student, semua cikgu sayang dekat aku, aku rajin gile..Itu semua adalah untuk mnyedapkan lirik.. hehe..
*****

Wednesday, September 23, 2009

AidulFitri di Perantauan..

*****
Bergambar di depan rumah di pagi raya

2 hari lepas telah tiba 1 Syawal menandakan tibanya AidulFitri.. Walaupun lambat sehari daripada kebanyakan Muslimeen yang berada di tempat lain, seperti Malaysia contohnya, kami beraya juga akhirnya..

Agak frust jugak la sebenarnya.. Mula2 tu kami dah dapat khabar2 yang mengatakan hari Ahad raya.. Ada yang cakap kat Wellington & Christchurch dah confirm raya hari Ahad.. So mindset aku dah 'Yeay!! esok raya!!'.. Tapi tiba2 dorang cakap belum confirm lagi pulak.. Sampailah dalam pukul 9:30 malam baru dapat berita yang mengatakan raya jatuh pada hari Isnin.. Down gile.. nak bangun qiamulllail pun dah tak semangat.. huhu.. Tapi bila fikir2 balik, ada hikmah jugak la sebenarnya.. Satu, kita diberi satu lagi hari di bulan Ramadhan untuk kita tingkatkan amal ibadah.. Dua, bila raya x sekali dengan Malaysia, masa femili dekat Malaysia sedang bizi beraya, kita x bizi.. Jadi kita boleh call femili di kampung tanpa sebarang masalah..

Salah satu benda yang x best raya kat New Zealand ni (selain daripada jauh dari keluarga) ialah dia punya takbir.. Dia bukan macam kat Malaysia, ada lagu2.. Kat sini takbir dia monotonous.. So untuk compensate benda ni, kitaorang pun buat takbir sendiri.. Start kat masjid lepas Isya'.. Dalam 10 minit.. Pastu buat dari rumah ke rumah.. Sampai pukul 10:30 malam jugak la.. Ada makan2 sikit kat Benji..

Bertakbir raya versi Malaysia di masjid

Lepas tu aku balik rumah dan start masak untuk raya.. Aku masak kuah kacang dan sambal ikan bilis.. Azrin masak kuah lodeh (atau lebih dikenali sebagai 'londeh' oleh 'Cikgu' Farhan Fader.. haha).. Aidi masak kuih bengka (aku xtahu betul ke x nama dia ni.. hehe).. Sedap gile kuih bengka dia.. Aidi tolong aku masak sambal jugak.. Amir pulak buat ketayap goreng.. Menurutnya makanan ni berasal daripada orang tabligh.. Kitaorang masak sambil dengar lagu raya.. hehe.. Menghidupkan suasana hari raya orang kata..

Membeli belah di malam raya

Aidi tengah mesin adunan untuk buat kuih bengka (dengan semangatnya)

Menambah rasa kepada nasi himpit

Kuih Bengka Aidi

Tengah kacau sambal sambik kacau kuah kacang.. multi-tasking.. hehe

Azrin sedang bergaya dengan nasi himpitnya (dan juga rambutnya)

Amir tengah buat something (Aku xsure apa.. karipap kot)

Lambat jugak la tidur.. dalam pukul 2 pagi..
Esoknya bangun terus panaskan makanan dan mandi dan seterusnya bersiap2 untuk ke masjid untuk solat raya.. Sempat lagi bergambar dengan ahli rumah sebelum pergi masjid.. hehe..

Di ruang tamu di pagi raya

Sebelum solat raya

Pukul 7 dah start takbir raya.. Dalam pukul 7:30, start solat raya.. Lepas tu, sama2 bersalam2an, bermaaf2an... dan bergambar2an..
Eid Mubarok.. Eid Mubarok.. Eid Mubbbaek!!..

Berpeluk-pelukan selepas solat raya

Bergambar-gambaran setelah selesai berpeluk-pelukan

Sape tah budak ni.. hehe

Hari ni aku ada kelas sebenarnya.. 2 lectures, 1 tutorial.. lectures boleh je nak ponteng sebab dia bukan ambik attendance pun.. Tutorial tu pulak tutorless (xde tutor.. 'independent' learning).. So apa lagi.. Aku buat cuti sendiri la.. Aku ponteng semua kelas.. hehe.. Bukan aku sorang je ponteng kelas.. Ramai je aku rasa especially dak2 1st year.. After solat raya tu, balik rumah kejap.. sebab rumah aku betul2 depan masjid.. So, rumah aku rumah pertama yang di'raya'i lepas solat raya la.. Lepas tu perjalanan di teruskan ke rumah2 yang lain.. Rumah Mus'ab, Hafiz, Abg Haidzrin, Toroa, Forth Street..


Rumah pertama selepas solat raya

Aku pergi rumah Hafiz tu dengan Wado, Faizal, Che Det, Syahril dan Amin.. Naik kereta Wado.. Asalnya nak pergi 2 kereta.. Tapi satu kereta lagi telah melencong ke tempat lain tanpa khabar berita.. Lepas pergi rumah Hafiz tu, pergi rumah Abg Haidzrin pulak.. Rumah Abg Haidzrin tepi rumah Hafiz je.. So, kitaorang singgah la rumah dia kejap..

Lepas tu, Faizal, CheDet dan Amin balik sebab ada hal masing2.. So tinggallah aku, Wado dan Syahril saje.. Kitaorang pergi rumah Abg Sabri.. Rumah wajib pergi ni.. Rumah Abg Sabri ni rumah feveret student2 kat sini.. (kalau Abg Sabri baca blog ni mesti kembang lubang hidung ni.. haha).. Malangnya Abg Sabri xde.. Dia sekeluarga pergi beraya kot.. So kami pun pergi lah ke Toroa..

Di rumah Hafiz dan keluarga

Sampai Toroa dalam pukul 1 lebih.. Aku paling lama beraya kat Toroa.. Masa aku sampai sana, dorang tengah tengok cerita 'Toll Gate Girl'.. Cerita raya tahun 2001 kot.. Amy Mastura & Rasyid Salleh berlakon.. Best gak la.. Rasa macam kat Malaysia pun ada jugak.. Lepas tu tengok cerita 'Los Dan Faun' arahan Afdlin Shauki.. Aku dah tengok dah sekali.. Tapi tengok lagi sekali ramai2 memang best.. Lawak gile cerita ni.. Aku suka cara Amran tu cakap.. haha.. Sape yang belum tengok, disarankan untuk menonton filem ini.. =D
Lepas tu tengok pulak cerita Rush Hour.. Memang macam tayangan raya la..

Bergumbira di Toroa

Dalam pukul 6 aku pergi ke Forth Street bersama dak2 Toroa.. Kitaorang lepak kat situ sampai Maghrib.. Ada 1 kejadian lawak berlaku masa aku kat situ.. Aku guna tandas dorang.. Maklumlah kan.. Dah banyak rumah pergi, dah banyak yang masuk.. kena la keluarkan pulak.. Yang ni dah kali ketiga aku ke tandas hari ni sebenarnya.. Macam ni ceritanya.. Toilet rumah dorang ada 2 pintu; 1 pintu bilik mandi, 1 pintu tandas.. sebab tandas tu dalam bilik mandi.. Pintu tandas tu macam x boleh tutup rapat.. So, sebagai langkah keselamatan, aku kunci jugak la pintu yang kat luar tu.. Sedang aku kat dalam tu, tiba2 aku terdengar macam ada orang nak masuk.. perempuan.. Dia tolak punya tolak pintu tu sampai boleh terbukak pintu tu walaupun aku dah kunci.. Memang dah x tahan sangat kot.. Cuak jugak la.. Tapi after that senyap je.. So, aku ingat dia dah keluar sebab mungkin dia ternampak seluar aku kat luar tu.. Tapi tiba2 aku terdengar something.. macam orang nak bukak kain or something similar tu that.. Alamak!.. So, aku pun bersuara.. 'Ada orang ni...'.. Orang tu terus gelabah dan keluar dari bilik mandi tersebut.. Sampai sekarang aku xtahu siapakah gerangan gadis itu.. Lawak2.. Yang aku terkejut tu macam mana dia boleh tolak pintu tu sampai terbuka walhal aku dah kunci pintu tu.. haha!..

Lepas Maghrib, aku kembali ke rumah bersama dak2 Toroa.. Aku serve dorang makanan2 yang masih ada.. Penat gile.. Masa tu semua macam x bermaya.. xcakap banyak.. yang tertidur pun ada.. Lepas semua tetamu balik, aku terus tidur.. dalam pukul 9 malam.. Begitulah berakhirnya 1 Syawal aku di New Zealand ini..


Glossary:
  • Toroa: Resident Hall yang ahlinya terdiri daripada Zaireen Hani, Ain, Athirah, Shahril. Faza, Kak Su, Angeline..
  • Forth Street: Flat kat Forth Street yang diduduki oleh Hanis, Fatin, Nisa' dan Nadwani.. Zewi yang tinggal di Cumberland Hall tidak ketinggalan untuk menyibuk..
*****

Saturday, September 19, 2009

Kini Tiba Satu Syawal..



Tajuk: Kini Tiba Satu Syawal
Nyanyian: Azku
Ciptaan: Yaakob Kelantan

Setahun sudah pun berlalu kini tibanya Ramadhan
Kumengharapkan kali ini segalanya lebih baik
... lebih baik

Hari demi hari kulalui dengan azam di jiwa
Semoga semua amalanku diterima olehNya
... olehnya

Kini tiba 1 Syawal
kita sambut dgn gembira
sebulan kita berpuasa
tiba masa tuk meraikannya

Selamat hari raya hari yang mulia
kemaafan dipinta segala dosa
Selamat hari raya kepada semua
bersama gembira di hari raya
Ooo...Selamat hari raya

Kepada teman, rakan dan juga taulan
Kumengucapkan selamat hari raya

*****
Hari ini kita masih lagi berpuasa ye.. Bagaimana pula dengan esok?. Adakah kita akan beraya pada hari esok?. Haa.. Itu yang kita tak tahu.. hehe.. (Copyright: Los Dan Faun)

Lagu ni dah lama dah aku tulis.. sebelum Ramadhan lagi.. Plan asalnya aku nak nyanyi lagu ni dengan Benji*.. Tapi sebelum aku sempat nak practise dengan dorang, Munir Muji dah book dorang dulu untuk nyanyi lagu 'Harapan Ramadhan Raikan Syawal'*.. Aku pun join sekali nyanyi lagu tu.. Mula2 aku ingat Munir nak nyanyi lagu tu dengan budak2 DuniaDeen*.. Sebab biasanya lagu raya memang nyanyi dengan dorang.. Tapi Munir pilih Benji tahun ni..

Ok.. xpe la.. Lagipun lagu yang Munir cipta tu memang best pun.. So aku plan nak nyanyi lagu ni dengan Faizal*.. macam last year.. Tapi cepat pulak masa berlalu.. xsempat nak practise dengan Faizal.. Masing2 sibuk dengan hal masing2.. Last2 aku nyanyi sorang2 je.. Layan je la..

Intro tu aku main recorder.. hentam je.. Dulu kan masa sekolah rendah kita belajar.. Rugi kalau xguna ilmu tu.. hehe..

Lagu ini ditujukan kepada semua yang mengenali diri ini walau di mana kalian berada..
Kepada femili di kampung, cikgu2, lecturer2, teman2, rakan2 dan juga taulan..
(bajet macam semua orang bukak blog ni je.. haha)

Salam AidilFitri, maaf zahir dan batin..

Glossary:
  • Benji: Budak2 medic 2nd year yang tinggal di Ethal Benjamin
  • DuniaDeen: Unofficial organisation di Dunedin yang menganjurkan aktiviti2 keagamaan di sini
  • Harapan Ramadhan Raikan Syawal: Lagu ciptaan Munir Muji untuk raya tahun ini (videonya ada dipostkan dalam blog aku ni)
  • Faizal: Salah seorang anggota Benji yang duet dengan aku untuk lagu 'Pagi Hari Raya' pada tahun lepas
*****


Thursday, September 17, 2009

Zaman Sekolah Zaman Terindah



Tajuk: Zaman Sekolah Zaman Terindah
Nyanyian: Azku
Ciptaan: Yaakob Kelantan

Ingatkah dikau di saat itu
Kita bersama kita gembira


Oooo.. Indahnya bila

Kita bersama-sama, satu kepala

Oooo.. Kitalah raja

Kita berkuasa satu sekolah


Zaman sekolah, zaman masalah

ponteng sekolah, buat cikgu marah

Zaman sekolah, zaman terindah

Ingin ku kembali ke zaman sekolah

Zaman terindah, zaman sekolah

*****
"Kadet! Fall in!!!"

Mungkin ada yang tak setuju dengan tajuk lagu aku kali ni.. Well, masing2 punya hak la kan.. Tapi bagi aku personally, zaman sekolah adalah zaman terindah.. Zaman sekolah yang aku maksudkan di sini adalah merujuk kepada zaman sekolah menengah, especially masa form 4 & 5..

Zaman tu, tanggungjawab x banyak lagi.. Pastu boleh buat sesuka hati.. Pastu, belaja pun semua cikgu suap je.. Kalau ada cikgu2 yang membaca blog ini, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas pengorbanan yang cikgu2, ustaz2 dan ustazah2 buat selama ini, terutamanya kepada Cikgu Rosmaidah, Cikgu Kasmah, Cikgu Shady, Cikgu Zaid, Ustaz Zainuddin Nahu, Ustaz Abdullah Lai, Ustaz Zul Professor, Ustazah Aminah Assalamualaikum, Ustazah Rasyidah, Ustaz Zawawi, Ustaz Rasyid Yogurt, PokNikMat (aka Tuan Nik sebab dia guru penasihat kadet polis).. Semualah.. Semua tenaga pengajar di Sekolah Maahad Muhammadi Lilbanin..

Kenapa zaman sekolah best?. Erm, sebab zaman tu adalah zaman untuk menggila.. hehe.. Zaman tu kita rasa kita lah the best.. Semua benda nak cuba, semua benda nak buat.. x kira lah kena marah dengan cikgu ke apa ke.. Yang penting puas hati..

Bagi aku personally, zaman sekolah menengah best.. Sebabnya?. Haa itu yang kita xtahu.. haha.. Erm sebabnya sebab aku join kadet polis.. Memang best gilerrr.. Mula2 memang perit jugak la.. Kena pamping penumbuk atas tar yang panas, lari keliling padang, lompat bintang, berguling atas padang, berguling atas tar, Jilat tar, lari sambil pikul tiang besi, kawat dalam hujan.. Pergh!. memang perit..

Tapi lama kelamaan, jadi terbiasa.. dan disebabkan keperitan yang kami lalui bersama, kitaorang jadi satu kepala.. All for one, one for all bak kata orang putih.. Buat kerja memang sentiasa bersama.. kawat sama2, keluar minum sama2, lepak kat bilik kadet sama2(kalau start lepak mesa rehat, memang sampai balik baru keluar.. haha), ponteng kelas sama2, ponteng EXAM sama2.. huhu.. belasah orang sama2.. ops.. haha.. dah mamat tu pau motor geng sendiri, kena la dengan kitaorang.. Sampai kena panggil dengan cikgu disiplin.. Dah la masa tu aku dan beberapa orang yang lain adalah pengawas.. haha.. Tapi x ada apa2 pun.. Mamat tu yang last sekali kena tukar sekolah..

Jadi lagu ni ditujukan khas kepada geng2 kadet polis di Maahad dulu.. Apih, Shera (aka PokYa tapi ingin dikenali sebagai Razi.. ado hati.. haha!), Nahiz Ttuyut (aka AbeNik), MatJu, Hasif, Jjeyri, Bob, PokWe Ppalo, Pokjak Kalut, Pokjak, Syuk, Amat Derih, Sserol, Ceroh Usen, PPudin Blue, Piji, Syamil Zahari, Dauh Ibrahim, Faiz Mat Zain dan semualah.. Ada yang stay sampai form 5, ada yang berhenti setengah jalan atas sebab2 tertentu.. Yang aku sebut tu yang batch aku je.. Yang mana aku tertinggal sori..

Special thanks to Miji Napi (aka Miji Bedul) & Arih Stopa sebab sentiasa menyokong kadet polis Maahad walaupun korang bukan anggota kadet polis..
xlupa kepada para S.I2 sebelum aku.. Cik Judin, Cik Li, Cik Yie, Cik Spey.. dan semua senior2 yang tetap datang mengajar walaupun dah lama meninggalkan zaman sekolah.. Cik Sema, Cik Zack Black, etc.. Dan juga kepada semua anak2 buah aku kalau korang masih ingat kat aku, Cik Ku korang ni..

xlupa juga kepada bukan geng kadet.. Geng stadi.. hehe.. especially budak2 tingkatan 5 sc Madinah.. Jemi, Muiz, Sofwe Shairazi, Matley, Fahmi, Pujey, Farhan Paiman, Hakim Halim, Hakim Azimoha, Thoqif, Hanan, Muhammad.. dan semua.. nak sebut semua ramai sangat.. huhu.. Dan semua budak2 Maahad Muhammadi Lilbanin yang mengenali aku xkira di mana korang berada..

Rato2 doh sek kito duduk lloni.. Seluruh dunio sek kito ado.. Malaysia, Timur tengoh, Rusia, India, Indon.. Aku soghe jah sesat ssini.. huhu.. Semogo kito buleh buat reunion besar2e nanti.. Walaupun ni bukey lagu rrayo, aku nok ambik peluey ni ntk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua.. Panjey bedo'oh doh aku tulis ni.. Chow dulu la..

"Assalamualaikum Tuan, Saya Sub Inspector Kadet Tengku Azran Raja Mamat, memohon kebenaran untuk bersurai..
Terima kasih Tuan.."

"Squad!. Keluaaar baris!!.."
*****

Wednesday, September 16, 2009

Raya dah dekat.. Jom tukar langsir..

*****
Kalau kat Malaysia, dekat2 nak raya atau malam raya tu mesti kita tukar langsir kan?. Dah lama aku tak merasa tukar langsir menjelang raya ni sebenarnya.. Bagi sesiapa yang masih boleh balik ke kampung menjelang raya ni, rajin2 la tolong mak.. Bila dah xboleh balik raya ni baru rindu nak tolong mak.. huhu~

Hari ni tiba2 landlord aku datang nak tukar langsir.. Langsir aku dah lama koyak sebenarnya.. hampir setahun kot.. Baru hari ni landlord aku ni terbuka hati nak tukar.. Maybe zu' (kena tanya AbgLeh kalau nak tahu cara sebut & makna zu' ni apa.. hehe) raya masuk ke hati dia gak kot... haha.. Aku tolong jugak dia pasang langsir tu.. Rasa macam kat Malaysia pulak.. Dulu, malam raya aku mesti tolong mak aku ataupun kakak aku tukar langsir.. Aku tolong KakCik pasang langsir, KakCik tolong aku starika baju melayu.. Saling bekerjasama.. kan KakCik kan?. hehe.. Erm, rasa macam esok dah nak raya pun ada jugak ni.. hehe..

Anyway, tu je la aku nak cakap untuk post kali ni.. xsempat pulak nak cipta lagu pasal tukar langsir ni.. haha..

Thanks Mark.. Have a good day, mate..

p.s: xde bateri la pulak kamera aku ni.. ingat nak ambik gambar langsir baru aku ni.. huhu..
*****

Monday, September 14, 2009

Pagi Hari Raya (ft Faizal Ahmad)



Tajuk: Pagi Hari Raya
Nyanyian: Azku & Faizal
Ciptaan: Yaakob Kelantan

Kuterkenang desa halamanku
Di pagi dingin bayu menyapaku
Lalu mengalir air mataku
Merindukan ayah dan ibu

Dalam kesayuan aku terbayang
Wajahmu ibu dalam ketenangan
Lalu kusapu air mataku
Mendoakanmu diredha selalu

Dalam kedamaian damai pagi raya
Keheningan angin pagi mengusik jiwa
Oh Angin, sampaikanlah rinduku padanya
Walau tidak bersua

Terdengar alunan takbir segenap alam
Mendetik rasa rindu di hati yang suram
Mengingatkan daku pada kenangan silam
sungguh indah dan permai

Ya Allah Ya Tuhanku
Kubermohon padaMu
Berikan ketenangan di hati sayu ini
Moga dapat kurasakan bahagia di jiwa
Di pagi ini pagi hari raya


*****
Lagu ini dicipta untuk raya tahun lepas, iaitu pada 11 September 2008.. Kami plan untuk buat video sebenarnya.. Dah siap shooting dah pun.. Kat botanical garden (taman bunga) lagi.. Tapi malangnya xsempat nak edit video tersebut dan terbekalailah lagu ini.. Rasanya x akan terbuat pun kot video tu.. Audio je pun jadi la.. huhu..Alang2 dah ada blog sekarang, dan dah nak dekat raya ni, aku post la lagu ni sekarang..

Lagu ini tercipta sebab masa tu dah 2 tahun aku xbalik Malaysia.. Jadi rasa rindu pada femili membuak2.. Terbayang suasana pagi raya tanpa keluarga di sisi.. huhu.. Masa tu tengah mandi.. hehe..

Oh ye.. bagi yang xtahu.. suara yang sedap tu ialah suara Encik Faizal.. Suara yg xberape sedap tu.. erm, suara aku la tu.. huhu..
Sori sebab ada batuk2 dalam lagu ni.. Faizal la ni.. Dah tau tengah record, nak jugak batuk.. haih~.. Tp ni la recording yang terbaik antara banyak2 recording yang kami buat masa tu..

Terima kasih kepada Amir sebab sudi main gitar sama2 dan telah menggoreng dengan bestnya.. Trimas Bro..

Jadi, Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan buat semua.. Pagi hari raya kali ni kita xdapat bersama lagi.. huhu.. =( Tapi xpe.. Jauh di mata, dekat di hati.. =)
*****

Harapan Ramadhan Raikan Syawal




Lagu: Harapan Ramadhan Raikan Syawal
Ciptaan: Munirmuji
Nyanyian: Azku, Aizat, Farrael, CheDet, Farhan, Faizal, Bukhari, Munir, Azrin & Faried
Pemain gitar: Munir & Faza
Pengarah video: Farrael
Juruedit video: Farrael & Munir
Jurukamera: Imran

Harapan di Ramadhan
Moga berkekalan
Azam dan amalan
Damba keikhlasan

Sebulan ditunaikan
Kewajiban tuntutan
Syukur dipanjatkan
Pada yang menciptakan

Berikanlah peluang
Untuk ku berusa
Dengan Ramadhan yang seterusnya

Raikanlah Syawal
Yang bakal menjelang tiba
Kejyaan kita bersama

Laungan takbir bergema
Pujian pada yang Esa
Tangisan tanda gembira
Lafazkanlah kalimah syukur
Yang tak terhingga

Ucapan salam nan mesra
Kemaafan yang dipinta
Jalinkan hubungan mesra
Sesama kita eratkan
Ukhuwah yang terbina

Pada keluarga
Kenalan jua
Ingatan buat semua

Di hari raya
Hari mulia
Bersama kita gembira

*****
Lagu raya ciptaan saudara Munir Muji.. Aku suka lagu ni.. Best.. Munir ni memang berbakat cipta lagu.. Aku x sehebat dia kot..

Faza.. lu memang terbaik bro.. Goreng gitar memang masyuk ar.. Lambat lagi kot aku nak boleh main sampai macam lu.. huhu..

Video raya ini di'shoot' si sekitar University of Otago, Dunedin, New Zealand.. Thanks to Farrael & Imran.. Sehari suntuk gak la kitaorang shoot(Tp kitaorang banyak guna masa untuk bergambar sebenarnya.. hehe).. Tengah spring.. Bunga2 memang lawa.. Tapi kena pulak hari tu hujan.. Sejuk gile.. Pakai baju melayu yang nipis tu, pastu di musim spring di Dunedin yang sejuk ni, ditambah pulak dengan hujan.. pergh! memang beku la.. Sehari suntuk pulak tu.. Dah la puasa.. huhu.. Balik rumah, bibir kering.. huhu

Tapi bagi aku worth it la.. Masuk tahun ni, 3 tahun la aku raya kat sini.. Video raya kali ni paling best bagi aku sebab:
1- Lagu ni best..
2-Orang2 yang nyanyi bersama sume satu geng..
3-Tahun ni tahun terakhir aku di sini.. Next year gi Christchurch.. huhu

Apa2 pun, saya, Tengku Azran, yang kini berada di bumi Dunedin, New Zealand, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada keluarga dan sanak saudara di Malaysia, Cikgu2 dan lecturer2, kawan2 di mana jua anda berada, dan seluruh rakyat Malaysia dan ummat Islam di seluruh dunia (ceh.. cara cakap macam satu dunia tengok video ni je..)

Salam Aidilfitri~
*****

Saturday, September 12, 2009

Ibu..



Tajuk: Ibu
Nyanyian: Azku
Ciptaan: Yaakob Kelantan

Kini ku di sini
mengejar impian
Ku takkan di sini
tanpamu oh ibu yang melahirkanku

Kau membesarkanku
tak mengenal lelah
Kau menyayangiku
tak mengenal batas tiada sempadan

Pengorbanmu ibu
tak akan terbalas
Kasih sayangmu ibu
tiada tandingan tiada bandingan

Ibu

Kumenyayangimu
Kumengasihimu

Selalu mengharapkan
redhamu oh ibu

Ibu
Engkaulah yang satu
Engkaulah ratuku

Selalu bersamaku
walau terpisah jauh

*****
Pagi tadi aku ada terbaca post daripada 'Cikgu' Farhan Fader dalam Facebook.. Dia comment pasal lagu Hijjaz yang bertajuk Belaian Ibu.. Dia cerita macam mana dia teringat kat ibunya setelah mendengar lagu tersebut.. Encik Buk pun sama gak.. Bila aku baca post dia tu, aku pun terkesan sekali.. Rindu kat ibu kat kampung.. huhu.. Dah la aku xbalik tahun ni.. Raya pulak dah dekat.. huhu..

Dengan itu tercipta la lagu ni pagi tadi.. xde la best sangat pun.. Tapi yang penting lahir dari hati.. Lagu ni aku cipta khas buat ibuku yang tersayang, Che Karimah Md Noor yang berada di kampung.. Juga ditujukan kepada semua ibu-ibu di mana jua anda berada.. Walaupun biasanya kami anak2 (especially yang lelaki) kurang memaparkan kasih sayang kami, ketahuilah sesungguh kami sebenarnya sangat sayangkan ibu.. Tanpa ibu siapalah kami..

InsyaAllah Ma akan baca blog ni nanti.. Jadi, kepada Ma,
Aa ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala apa yang Ma telah lakukan selama ini.. Pengorbanan yang Ma lakukan tidak akan terbalas oleh kami anak-anak walaupun apa jua yang kami lakukan..
Aa juga ingin memohon kemaafan kerana kadang-kadang Aa terlalai dengan kehidupan seharian sehingga terlupa keluarga di kampung..
Aa doakan semoga Ma sentiasa bahagia.. dan semoga Aa berjaya mengejar impian dengan Doa dan Redha daripada Ma..
*****

Friday, September 11, 2009

Berdosanya Aku..



Lagu: Berdosanya Aku
Nyanyian: Azku
Ciptaan: Yaakob Kelantan

Begitu banyak dosa
Kulakukan kepadaMu Tuhan
Aku hanya insan lemah dan hina
Tak lepas dari melakukan dosa

Kadang-kadang hati terlalai
Terkadang janji dikhianati
Terkadang amanah tak terjaga
Begitu berdosanya aku

Oh Tuhan
Aku bermohon padaMu
Ampunkan segala dosaku
Bersihkan hitam dihatiku

Oh Tuhan
Berikanlah ku kekuatan
Untuk kuterus mentaatiMu
Dan menjadi hambaMu yang terbaik


*****
Aku x ingat bila aku cipta lagu ni.. Dalam awal tahun ni.. Dalam bulan 3 kot..

Aku post lagu ni bersesuaian dengan Bulan Ramadhan yang mulia ini.. Sama2lah kita menilai diri.. Banyak sebenarnya dosa yang kita lakukan tanpa kita sedari.. Bersama2lah kita memohon keampunan daripadaNya.. dan bersyukur kepadaNya atas segala nikmat dan inayah yang tidak terhingga yang dikurniakan olehNya..

Erm, nak cerita sikit ni.. Tadi aku ada interview dengan seorang yang ada head trauma sampai dia hilang ingatan dan ada beberapa conditions yang lain seperti muscle weakness, muscle wasting dan sebagainya.. Aku bermohon kepadaNya agar kita dilindungi daripada bencana sebegitu..

Interview tadi juga membuat aku lebih bersemangat untuk menulis blog sebagai lakaran hidup aku untuk dijadikan memori.. Memory is a great gift from Allah.. Bila2 masa Dia boleh tarik balik.. Blog ni one of the ways to store the memory.. Well, just in case (NauzubiLlah min zaalik)..

Anyway.. Salam Ramadhan sekali lagi.. Perbanyakkanlah amalan di 10 akhir Ramadhan ini.. Peluang hanya datang setahun sekali.. Tahun depan belum tentu kita dapat bersua dengan Ramadhan yang seterusnya...

Selamat beramal~
*****

Kenapa Azku???

*****
FAQ seterusnya.. Asal Azku?? Tp macam obvious kot sebab dia.. Sebab nama aku Tengku Azran.. Ambik 'Az' daripada 'Azran', combine dengan 'Ku' daripada 'Tengku'.. Walla!!.. jadilah 'Azku'..

Tapi nama ni bukan aku saje2 je letak.. Ada la jugak aku pernah cuba letak nickname sendiri, contohnya Dr. Prince (sebab Tengku = Prince.. hehe), TQ (sebab orang putih susah nak sebut Tengku, jadi tenkiu) etc.. tp xberjaya la.. xkekal lama.. huhu..

Nama Azku ni budak2 kat sini (Dunedin) yang start panggil.. Asalnya orang panggil aku Pokku.. Erm, ada pulak orang tanya asal 'Pokku'? Ini memang common question la.. Memang selalu orang tanya aku.. Bagi orang Kelantan, obvious kot kenapa aku digelar 'Pokku'.. Bagi bukan orang Kelantan, meh aku habaq sikit..

'Pokku' ni kalau di'luar'kan atau d'KL'kan, jadilah Pak Engku.. Macam Pak Yaakob.. Orang Kelantan ni memang suka letak 'Pok' kat depan nama especially kalau kawan rapat la.. Contohnya kalau Aizat, jadilah PokJak, kalau Muhammad, jadilah PokMat dan sebagainya.. So sebab nama aku Tengku, jadilah Pokku..

Nama Pokku ni aku xsuka sangat sebenarnya.. Sejarah dia pun xbest sangat.. Sebabnya orang pertama yang panggil aku Pokku ialah Sub Inspector (S.I = Orang pangkat paling besar dalam kadet polis) aku.. Adli nama dia.. Kitaorang panggil dia Cik Li.. Masa tu aku kuli batak lagi.. Form 3 kot masa tu.. Bila Cik Li ni marah aku, contohnya bila aku ada buat salah dalam kawat, mesti dia panggil aku Pokku.. Semakin lama semakin ramai yang panggil aku Pokku.. Sampai cikgu2 pun panggil aku Pokku (especially yang rapat dengan aku la).. Haih~ Suka xsuka terpaksa terima la.. Tapi masuk form 5, anak2 buah aku panggil aku Cik Ku la sebab aku dah jadi S.I.. hehe.. Tapi nama Pokku tu kekal sampai sekarang..

Anyway, dah jauh melencong ni.. Berbalik kepada topic Azku ni.. Sebenarnya x ada sejarah specific pun.. Tiba2 je ada beberapa orang kawan kat sini (especially Paan & Abang Leh) panggil aku Azku.. Maybe sebab aku xkasi dorang panggil aku Azran kot.. Eeee, geli la kalau orang laki panggil aku Azran.. Kalau perempuan oke sikit.. So that's why dorang panggil aku Azku instead of Azran.. Macam transition between Pokku dengan Azran.. Tapi oke la.. Sebab aku suka nama Azku.. =D
*****

Kenapa Yaakob Kelantan???

*****
Asal Yaakob Kelantan? Mesti ada yang tertanya2.. Asal random gila? Nama Tengku Azran, tiba2 jadi Yaakob Kelantan lak..

Alkisahnya berlaku last year masa merdeka celebration di Dunedin ni.. Sebagai meraikan 51 tahun merdeka, kitaorang perform la sikit, so called 'Sudut Puisi Otago'.. Kitaorang 5 orang semuanya, masing2 dengan puisi yang tersendiri.. Kalau aku cite je xbest sangat la.. Korang kena tengok sendiri..

Kepada yang memang ada pada hari berkenaan, video ni untuk refresh balik kenangan tersebut dan semoga korang dapat gelak lagi sekali dengan telatah dan gaya budak2 yang xberapa nak betul ni.. haha!!

Rintihan kemerdekaan~..



After persembahan ni, memang aku dikenali sebagai Yaakob Kelantan la.. huhu.. Kalau aku buat something yang puitis2 sikit, mesti orang cakap 'Memang Pak Yaakob lah'.. Haih~ xpelah.. silap aku jugak.. sape suruh pilih nama tu.. Kalau aku pilih Haikal ke, Daniel ke, Stone Cold Steve Austin ke, lawa la sikit.. huhu..

Anyway, begitulah asal usulnya nama Yaakob Kelantan ni.. Sejak hari tu, aku guna 'Yaakob Kelantan' sebagai nama pena aku dalam penulisan lagu.. bunyi macam orang tua je.. haha.. tapi lantak ar.. sebab ada sejarah nama ni..

Angin~
*****

Thursday, September 10, 2009

Kenapa aku berblog?

*****
Erm.. sebenarnya aku xsuka berblog2 ni.. malas nak mantain.. pastu kena pulak masa xde apa2 yang menarik berlaku dalam hidup aku, memang xterpost apa2 la.. lagipun aku tengok banyak blog2 kat internet ni yang isinya macam diari.. Aku memang malas nak tulis diari ni.. setakat sehari dua boleh la, after that memang terkulai layu je la diari tu (from experience.. hehe)..

Sampailah semalam, 09-09-09 (eh..lawa pulak tarikh kelahiran blog aku ni..), aku terbaca satu blog ni yang isinya adalah puisi2 yang dicoretkan untuk meluahkan rasa hati.. So, tiba2 aku terfikir.. why not aku buat something like that.. instead of buat karangan, aku post karya2 yang sebegitu..

Aku ni memang suka buat lagu.. best ke x, xtau la, tapi bila ada kelapangan (ada ke?), aku akan petik2 gitar aku dan buat la lagu apa2.. So far ada la beberapa lagu yang aku dah tulis.. xde la mantap sangat pun.. Amatur la katakan.. setakat suka2 je..

So, aku fikir, why not aku buat satu blog untuk aku post lagu2 yang aku tulis ni so that senang kalau nak bagi sape2 dengar.. Kena pulak sekarang ni dah dekat nak raya.. Aku ada la buat satu lagu raya.. Boleh la aku postkan lagu raya tu kat sini nanti.. Then boleh la tuju kat femili di kampung, cikgu2, kawan2 di Malaysia, dan juga di New Zealand ni..

Dengan itu terlahirlah blog ini.. 1st time ni!.. Nak post lagu pun xpandai mula2.. haha.. Anyway, insyaALLAH aku akan post la lagu2 aku nanti, dan kepada sesiapa yang sudi dengar silakanlah.. xtau la akan berjalan ke x blog ni.. mintak2 aku rajin la untuk mengepost lagu2 aku nanti..

Erm, tiba2 panjang pulak post aku ni, macam diari pulak.. haha.. 1st time mengarang blog la katakan.. haha.. Kla, chow dulu..

Assalaamualykum..
*****

Petang Itu



Tajuk: Petang Itu
Nyanyian: Azku
Melodi: Yaakob Kelantan
Lirik: Nama dirahsiakan

petang itu,
tanpa sepatah kata,
tanpa bertegur mesra,
kita bersua....

hanya pandangan menafsirkan rasa
hanya renungan yang berbicara
jauh di sudut hati
terdetik satu rasa
yang sukar diungkap dengan kata-kata

alam seakan mengerti
langit seakan memahami
rintik hujan seirama dengan sendu di jiwa
kelam awan senada dengan sebak di dada

namun,
lidah masih kelu berbicara
kerana tiada kata secantik bahasa
untuk meluah rasa di jiwa
lalu diam lebih berkuasa
di petang yang suram itu....

*****
Lirik lagu ini ditulis oleh seseorang.. Aku hanya buat melodi lagu ini berdasarkan puisi yang dikarangnya ini...
Lagu ini mengisahkan dua orang yang bertemu setelah sekian lama tidak berjumpa...
Tetapi masing-masing saling terdiam.. atas sebab yang mereka sendiri tidak pasti..

p.s: Sori.. ada banyak silap masa aku record lagu ni.. Aku xberape ingat lagi lagu ni sebab baru cipta semalam.. Nanti la lain2 kali aku record lagi sekali..
*****