Wednesday, September 8, 2010

Mentari Syawal Menjelma





Tajuk: Mentari Syawal Menjelma
Nyanyian: Budgetband
Ciptaan: Yaakob Kelantan & Muhammad Rosli

Mentari Syawal menjelma
Takbir raya mula bergema
Sayunya hati terasa
Ayah bonda jauh di mata

Kulihat indah suasana
Mewarnai pagi raya
Senyuman mula terpancar
Nikmat raya kini terasa


Ku bersyukur padaNya
Atas kurniaanNya
dapatku raikan hari yang mulia

Bersalam-salaman
Bermaaf-maafan
Menghapus dosa sesama kita

Kepada semua
Rakan dan keluarga
Kuucapkan Selamat Hari Raya

Sebulan kita berpuasa
Tiba masa untuk meraikannya
Bersama kita gembira
di hari raya yang mulia


Lagu ni ditulis bersama ngan Mamat (Muhammad Rosli) pada 28-08-2010.. Sampai pkl 4 pagi baru aku balik rumah.. Lagu yang agak simple.. lirik yg simple.. xde unsur2 lawak.. Aku tgh bizi masa buat lagu tu.. So buat simple2 je la..

Asalnye mula2 plan nk buat kasi gempak.. ajak ramai2, main bass, drum etc.. pastu nak ambik video ucapan etc.. Tapi masing2 bizi.. pastu bila ajak masing2 buat xtahu je, xbagi response.. So last2, buat dgn Budgetband je la.. ni pun Calvin xde sbb dia bizi mengecat rumah baru dia.. Bass dia pun xde dgn dia skrg sbb dgn his sister kat hamilton.. So akhirnye simple mcm ni je la videonya.. Ni pun practice sekali je..

Apa2 pun, di kesempetan ini, ingin aku ucapkan Selamat hari raya, maaf zahir batin kepada keluarga yg jauh di Malaysia.. dan sahabat2 samada di Christchurch ni, ataupun di kampung di Malaysia, mahupun di kampung Dunedin.. Mohon ampun segala dosa.. 0-0 oke!!..

Enjoy!!

Salam~

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan..

Setelah diperkenankan oleh duli2 yang mulia ghaje2, maka dgn ini diumumkan bahawasanya ESOK PUASA...

Ramadhan kembali menyingsing setelah setahun meninggalkan kita.. Di malam 1 Ramadhan ni aku dah dpt rasakan barakah Ramadhan.. Terasa ada setitik sinar hidayah hinggap di hati.. Kita manusia selalu alpa.. Lupa untuk bersyukur dgn nikmat Ilahi..

It's been a very hectic year for me this year.. Terasa begitu SERABUT, XDE MOOD, MALAS, DEPRESSED.. Rasa tak puas hati dgn apa yg kucapai so far, tp rasa begitu malas untuk berusaha.. Semoga kehadiran Ramadhan kali ini bakal membawa 1001 keberkatan dan ketenangan untuk jiwa yang malap ini.. Semoga aku akan menjadi insan yang cemerlang..

Bak kata Dr Fadhilah Kamtumi (Come to me):

"Insan yang cemerlang datangnya dari akal, dengan hati yang bersih, jiwa yang tenang.."


Friday, July 30, 2010

Cuti..




Lagu: Cuti
Nyanyian: Azku
Ciptaan: Yaakob Kelantan

matahari mula menyinar
membuat mataku berpinar
menandakan telah tibanya masa
untuk berkemeja dan bekerja

tapi alangkah malasnya terasa
beratnya kepala lemahnya badan
mintak mintaklah awan hitam kan datang
membawa hujan rahmat
tandanya tidurku

masih (takkan) panjang
ada (tiada) peluang
buat rancangan
tuk pergi jalan2
atau lepak minum kopi
dan main chong tai ti
atau tengok muvi
melalak suka hati
apa saja pun (tak)jadi
bila (tak) cuti
semua (tak) jadi
oh indahnya bila (kalau) cuti

tapi matahari terus menyinar
tandanya tidurku


Lagu ini dicipta untuk mengabadikan kenangan kitorg masa kerja kat ladang buah akhir taun last year.. Dari segenap pelusuk new zealand pergi Roxburgh untuk mencari rezeki.. Dunedin ada, Christchurch ada, Wellington ada, Auckland ada..

Penat gile keje.. bangun kene awal.. pastu panas matahri membakar.. tapi duit punye pasal, kitorg redah jua.. haha..

walaupun penat, tapi best sebab kenal member baru.. especially kalau cuti, memang macam2 aktiviti kitorang buat.. tengok muvi, tengok FRIENDS, main chong tai ti, melalak lagu rock kapak, pergi Alexendra, pergi Queenstown.. pergi Queenstown bukan makan angin, tp tido.. haha.. x pun paling dekat, pergi town makan fish & chips atau jimmy's pie.. mmg layaaan~
Kalau rajin, pegi mancing..

So lagu ni ditujukan kepada sume geng orchard 2009/10..
Buk, Munir, Bearer, Jimmy n Hana, Amir, Paang, Payed hentai, Jay, Uzair, Mamat, Mirah, Mimi, Wani..

Layan~

Wednesday, July 28, 2010

Berwajah baru..

Tiba2 terase nk ubah design blog aku.. sblm ni hitam je.. mcm gelap, kelam, sedih, pilu je.. semua yg negative la sng cite.. So tukar la kpd yg ceria cket.. template je pun.. aku bukan power sgt bab design2 blog ni.. template sudey.. lgpun aku suke corak gulung2 tuu.. warne pun antara warne feveret aku.. oren!!.. so why not ubah citarasa cket.. Dr Fadhilah Kamsah pun ada ckp, warna yg ceria boleh mmbuatkan kita pun jadi ceria..

Nway, lagu baru dah siap.. tunggu nk record n post je..

Adios~

Sunday, May 16, 2010

Kau Guruku

Bersempena dengan Hari Guru pada hari ini, dengan ini aku mencipta lagu ini untuk semua guru-guru, cikgu-cikgu dan ustaz-ustazah di luar sana.. Jasa cikgu xkan dapat kami balas sampai bila2..

Walaupun dulu kami mungkin nakal, tidur dalam kelas, ponteng kelas dan yang seangkatan dgnnya, kami sebenarnya sayang kat cikgu.. Tanpa cikgu semua, siapalah kami.. kami xmungkin akan berjaya tanpa cikgu semua..

Cikgu Rosmaidah, Cikgu Kasmah, Cikgu Shady, Cikgu Shabiha, Ustaz Zul Professor, Ustaz Rasyid yogurt, Ustazah Rasyidah, Poknik Mat, Ustaz Raja, Ustaz Halim, Ustaz Falih Lai, Cikgu Halim, Cikgu Mazlan, Cikgu Hamzah, Cikgu Marina.. (the list goes on and on)..

Dan teristimewa untuk Cikgu Raja Mamat (iaitu ayah aku) dan juga Kaklong (Ustazah) dan suaminya (Ustaz)..

Juga kepada bakal2 guru sekalian.. Bersamalah membina anak bangsa yang berguna.. Yeah2!

Selamat Hari Guru...





Lagu: Kau Guruku
Nyanyian: Azku
Ciptaan: Yaakob Kelantan

Kulihat dunia
kupunya segala
a
ku bahagia

dengan semua

yang sempurna


terkenang dahulu

waktu kecil dulu

'ABC' pun tak tahu

apatah lagi 'I You'

Ku tak tahu


Lalu kau hadir penuh berkat

Bak cahaya lilin dalam blackout

Tak kira darjat atau pangkat

Kau menyinari hidupku


Kau guruku

Kau cikguku

Kau ustazku

Kau temanku


Ku muridmu

Ku pelajarmu

Ku studentmu

permata hatimu


Tanpamu siapalah aku


Waktu dahulu

tak kuhargaimu

Kuponteng kelasmu

buat tak tahu

Nakalnya aku


Kini kusedar

semua pengorbanan

yang kau lakukan

Marahmu

tanda sayang

Thursday, May 13, 2010

Selamat Hari Ibu

Tarikh di computer aku menunjukkan 13 may 2010, menandakan telah tibanya hari ulangtahun kelahiran ibuku, Che Karimah yang tercinta.. Pilu rasa hati xdpt bersamanya di hari ini.. Maka dgn ini aku ciptakan lagu ni istimewa untuk Ma sebagai pengganti diri yang jauh di sini.. Seperti biasa, Bday Ma jatuh lebih kurang sekali dgn Hari Ibu.. Jadi Selamat Hari Ibu diucapkan kpd Ma di hari yang istimewa ini..

Lagu ni baru je aku tulis beberapa minit yang lalu.. so quality pun xbagus sgt.. Layan sudey~





Lagu: Selamat Hari Ibu
Nyanyian: Azku
Ciptaan: Yaakob Kelantan

Kini tibanya masa teristimewa untukmu
pilu rasa di hatiku x dapat bersamamu
Kupetik gitar ini kucipta lagu untukmu
Meluahkan rasa hati rasa rinduku padamu

Ku jauh di sini
namun kau tetap di hati

Selamat hari ibu

kuucap padamu

walau tak bertemu

dipisah lautan biru


Selamat hari ibu

kunyanyikan laguku

untukmu ibu

Yang kurindu selalu


Ku bermohon pada Yang Esa

agar kau bahgia

walau apa berlaku

Kau tetap yang satu

untukku

Sunday, May 9, 2010

Malas Gila (karaoke version)



Tajuk: Malas Gila!!!
Nyanyian: Azku
Ciptaan: Yaakob Kelantan

Dulu akulah best student (boleh lah)
Kini aku hanyalah one of the students

Dulu semua cikgu sayang dekat aku (Aku rasa lah)
Kini sorang cikgu pun tak kenal aku

Dulu aku berusaha jadi the best
kini cukup makan pun dah cukup best (Asal pass sudey!!)

Senang cerita, dulu aku rajin gile
Kini, aku malas gile

Kuharus melupakan segala kegemilangan
yang pernah kucapai di waktu dulu..

Kuharus berusaha demi kecemerlangan
yang ingin kugapai di ketika ini..

Aku akan fail.. Aku akan fail.. Aku akan fail!!
Unless aku berubah
Aku harus berubah
Aku mesti berubah...


Kali ni special punya post.. Lagu 'Malas Gila' versi karaoke.. Lagu ini merupakan lagu aku yg paling femes kat Dunedin dulu.. Jadi aku post la karaoke version of this song khas buat sape2 yang berminat especially Buk, Paan n Mamat.. =D

Sunday, April 18, 2010

Cinta Facebook




Cinta Facebook by Azku
Composer: Yaakob Kelantan

Kulihat facebookku
notificationku
friend requestmu untukku

Kubaca profilemu
kulihat picturemu
ada getar di hatiku

Aku tak tahu
Siapa dirimu

Ku tak mengenalimu
namun kurindukanmu
apakah ini namanya cinta
pandang pertama

Kuterbayang wajahmu
menghiasi malamku
mungkinkah kamu
Cinta Facebookku

Ku comment picturemu
Ku comment statusmu
Kutunggu comment darimu

Ku tunggu updatemu
aku 'like' wall postmu
Tanpamu hidupku buntu

semoga cinta Facebook ini
kan menjadi cinta sejati
agar dapat ku update statusku
in relationship with you

Tibalah masanya
Bersua muka
Merealisasi segala

Ingin kukenalimu
Dan mencintaimu
Hingga ke hujung waktu
Kerna kau cinta Facebookku

***

Yehha!!.. Akhirnya aku berjaya jugak post lagu baru.. Bizi dowh 4th year ni.. xsempat nak record lagu..

Lagu ni aku start tulis dalam 5 hari lepas (14-04-2010).. Semalam (17-04-2010), aku finalised sume & record.. Awal2 lagu tu ada bunyik ringtone handset aku.. spoil sikit, tapi dah malas nak record balik, so aku post yang ni je la.. Lagipun tiba2 rasa macam masuk pulak bunyi tu dengan lirik at that point which is 'notification'.. =D

Basically, lagu ni aku selitkan term2 yg common kat Facebook.. Facebook kan popular sekarang.. Hampir semua orang ada Facebook.. So xmustahil boleh jatuh cinta melalui Facebook.. Kalau dulu ada orang bertemu jodoh melalui mIRC (aku ada kenal pasangan yang kenal melalui mIRC then kahwin..), sekarang Facebook pulak kot.. =D

Lagu ni sebenarnya ada 2 versions.. Satu happy ending, satu sad ending.. Aku post yang happy ending la.. sbb bagi aku, sad ending itu walaupun 'sad', ianya x semestinya 'ending'.. Maybe part yang 'sad' tu sebenarnya adalah in the middle of the story, bukan 'ending'..

Basically yang sad ending tu, in the end, tiba2 dia tukar relationship status from 'single' to 'in relationship with' somebody..

Special message to Ahmad Bukhari..
Mu oyak aku x buat lagu cinta.. Ni aku buat lagu cinto ni.. bukey stakat cinto biaso.. cinto Facebook..

Friday, March 19, 2010

Religion is bullshit???



Aku terjumpa video ni akhir last year.. George Carlin adalah seorang stand-up comedian yg femes.. Dia dah meninggal.. taun lepas kot.. Banyak performances yg dia buat berkenaan pelbagai topic.. Tapi aku amat tertarik dengan this particular performance..

Memang dia buat lawak, tp dalam dia buat lawak tu, kata2nya begitu tajam sekali.. Walaupun sindiran2 yg dibuat adalah ditujukan kepada Christian, tetapi dalam masa yg sama ia juga mencabar Islam..

Video ini membuat aku berfikir, sampailah ke hari ni.. So, tujuan aku post video ini adalah untuk korang sama2 berfikir dengan aku.. Kalau rajin, silalah bagi feedback tentang bagaimana kita boleh menangkis hujah2 dan argument yg George Carlin buat ni.. x mustahil akan ada orang yg menggunakan hujah2 yg sama untuk melawan Islam.. So, kalau kita berfikir dari sekarang, xde lah blank nanti..

Sunday, March 7, 2010

I'm back!!

Akhirnya aku kembali setelah sekian lama menyepi.. Bukan xnak berblog, tapi bizi.. Sebelum ni aku kerja petik ceri selama hampir sebulan.. Pastu sekarang kelas dah start.. dah sebulan.. Aku dah masuk clinical years.. So memang bizi.. 9 to 5 almost everyday.. Rasa macam dah kerja dah.. Balik pukul 5, jalan jam, singgah beli groceries, sampai rumah lepak kt sofa tgk tv.. =D

Banyak benda yang berlaku sepanjang aku x post blog ni.. Aku beli kereta.. Nissan Presea.. Aku beli masa tengah kerja petik ceri.. I call myself 'Prince of Presea' now.. HAHA..


Aku masih menulis lagu.. Cuma xsempat nak record & post je.. Ada lah beberapa buah lagu.. Kalau last year, aim aku adalah untuk buat sebanyak mungkin lagu. Well, just to get started.. Tahun ni nak cuba mempertingkatkan lagi prestasi.. Focus on quality, write better songs.. Ada je lagu2 aku sebelum ni yang aku sendiri pun x berapa suka.. So, this time, aku akan post lagu2 yang aku suka je.. Fewer songs, better quality.. That's the aim.. =D

Sebut pasal quality, aku baru beli gitar baru.. better guitar.. Ibanez AW15LG.. very nice guitar.. Ini dia gambarnye.. Orang kata a good guitar can improve your skills.. harap2 betul la.. =D


So, bersama2lah mengikuti blog ini.. Lagu baru akan dipost dalam masa yg terdekat ni.. dalam proses..
=D