Saturday, November 26, 2011

Azku - Padan Muka

Azku - Padan Muka
Ciptaan: Yaakobkelantan








Tersenyum indah
happynya terasa bila xpayah pergi kerja
Boleh rilex dan chill saja

Semuanya indah
katanya dialah pekerja yang bos paling suka
Tiba2 bos sms kata, dia kena kerja, kena kerja

Padan muka 3X dia
Padan muka 3X dia
Kena pergi kerja

Masam mencuka
sedihnya tiba2 dia kena pergi kerja
xboleh rilex dan chill saja

Semuanya hancur
terpaksala dia pergi walau berat di hati
Bila saja bos sms kata, dia kena kerja, kena kerja

***


Dah lama rasanya tak post lagu.. Lagu ni baru je buat semalam..

Ada la sorang budak ni, happy gila sebab tak payah pergi kerja, tukar shift.. suka hati dia je.. Yelah, pekerja kesayangan bos la katakan.. kononnya laa..

Tiba tiba sekali dapat sms dari bos daa.. Kena pergi kerja lagi sejam.. Mandi belum, makan belum, gosok baju belum.. Hah ambik!! Padan muka dia!! Padan muka dia!! hahaha..

So, lagu ini didedikasikan khas buat dia yang kena pergi kerja tu.. Selamat bekerja ye..

Monday, September 26, 2011

Azku - Hadiah (Selamat hari Lahir)



Title: Hadiah (Selamat Hari Lahir)
Artist: Azku
Composer: Yaakob Kelantan

Kau sungguh istimewa
Membawa cahaya
Membuatku bahagia

Ku nyanyikan laguku
Buatmu sayangku
Di hari lahirmu

Semoga angin
Sampaikan laguku untukmu
Agar dapatku bisikkan padamu

Selamat hari lahir
Kuucapkan padamu
Inginku bersamamu
Walau dalam tidurku

Selamat hari lahir
Untukmu yang kurindu
Terimalah hadiahku
Hatiku untukmu

Tuesday, August 30, 2011

The Brockies - Gembira di Hari Raya



Tajuk: Gembira di Hari Raya
Nyanian: The Brockies
Ciptaan: Yaakob Kelantan

Sebulan kita puasa
kini tiba 1 Syawal masa untuk raikannya

Takbir raya bergema
Memuji Tuhan yang esa, atas nikmat hari raya

Selamat hari raya
Aidilfitri mulia
ampun maaf dipinta segala dosa

Selamat hari raya
kepada semuanya
bersama kita gembira di hari raya

Kepada rakan dan taulan
Yang jauh di mata, di hati tetap di kenang

Lupakan semua sengketa
Kita hiasi hari yang indah dengan kemaafan

Kita bersalam-salaman, bermaaf-maafan
Mohon diampunkan segala kesilapan
Terjalin ukhuwah sesama kita
Hari raya (hari raya)
Hari mulia (hari mulia)
Hari yang bahagia




Akhirnya tibalah 1 Syawal.. kat Malaysia la.. Kat sini raya esok.. So, ada lagi sehari untuk merebut peluang di bulan Ramadhan bulan barakah..

Lagu ini aku dapat ilham sebelum puasa lagi sebenarnya.. nampak sangat beria-ria nak raya.. Lagu simple je.. Lirik pun cliche.. tapi aku rasa macam layan jugak la.. especially chorus dia tu.. senang nak hapal.. :)

Masuk tahun ni, 5 tahun la aku beraya di bumi Aotearoa ni (Adus terasa diri ini sangat tua).. Sedih la jugak beraya jauh dari femili dan orang tersayang.. Tapi ok je sebenarnya sebab ada ramai member kat sini.

Selamat hari raya diucapkan kepada keluarga di kampung.. mesti best gila raya kat kampung.. Takpe insyaAllah nanti ada rezeki.. Tidak dilupa kepada insan tersayang dan semua yang mengenali diri ini..

Tak payah tulis panjang-panjang la kot.. Semua yang aku nak cakap ada dalam lirik lagu ni..
Salam lebaran..

ps: Terima kasih sangat kepada semua yang menjayakan video ini.. :)

Layan~

Friday, August 12, 2011

Azku - Sebelum Ramadhan Berlalu




Tajuk: Sebelum ramadhan Berlalu
Nyanyian: Azku
Ciptaan: Yaakob Kelantan


Setahun telah berlalu
Ramadhan telah bertamu
Bulan yang ditunggu-tunggu

Medan tarbiyah untukku
dilimpahi rahmatmu
Menyuburkan hati yang lesu

Sejuta peluang
Janganlah disiakan

Aku bermohon kepadaMu
Rahmatilah hambaMu
beri kekuatan untuk
Manyucikan jiwaku
dan menyemai imanku
Gandakan amalanku
Sebelum Ramadhan berlalu

Aku dambakan cahayaMu
Untuk menyinari hatiku
Agar Ramadhan berlalu
dengan iman yang lebih jitu

***

Salam Ramadhan buat semua.. Ramadhan telah tiba untuk ke sekian kalinya.. Lagu ini dicipta sabagai peringatan untuk diri sendiri, dan mudah-mudahan kepada yang mendengarnya.. :)


Sunday, June 12, 2011

Azku - Subuh




Subuh by Azku
Ciptaan: Yaakob kelantan
Images: Google image

Suara azan berkumandang
Tanda Subuh bertandang
Berat mata dan kepala
Oh indahnya alam maya

Kucoba buka mata
InsyaAllah dipermudahkanNya
Lafazkanlah doa

(Doa bangun tidur)
Aku bersyukur

Alarm handsetku memekik
Tanda Subuh makin sikit
Ada suara di pintu bilik
Bangun! Subuh tinggal 5 minit

Kucoba buka mata
InsyaAllah dipermudahkanNya
Lafazkanlah doa

(Doa bangun tidur)
Aku bersyukur

Bacakanlah doa moga kita dirahmatiNya




Semalam start cuti.. So ada la masa untuk record lagu.. Lagu ni dah lama aku buat sebenarnya.. Last year lagi.. Sekarang baru ada masa nak record.. Cincai2 sudey..

Simple je lagu ni.. Lagu ni menceritakan bagaimana kadang-kadang (atau selalu) memang susah nak bangun subuh.. Lebih-lebih lagi kalau malam sebelum tu tidur lambat sebab study, buat assignment (atau pergi karaoke) dan sebagainya.. Memang berat sangat rasa nak bangun.. Setan banyak..

Tapi insyaAllah kalau kita baca doa bangun tidur, senang sekit nak bangun.. Jadi amal-amalkanlah membaca doa bangun tidur.. Sesiapa yang tak tahu, pergi tanya mak.. Orang suruh gi kelas fardhu ain tak nak..

Hope layan!

Wednesday, June 8, 2011

Azku - Angin Rindu



Angin Rindu by Azku
Lyrics: Noorhawaney yahaya
Melody: Yaakob Kelantan


Begitu rumit dan sukarnya
memadamkan semarak angin rindu
Bagai taufan melanda dihati
Begitu getir nya kebersihan jiwa

Begitu rakusnya sang bayu rindu
Merampas ketenangan sang jiwa
Entah bagaimana harus jasad berkata
Untuk menundukkan taufan yang melanda

Habis remok jiwa raga
taufan rindu telah melanda...
Berhempas pulas jasad bekerja
cuba melupakan semua
namun hanya sia-sia

Angin rindu telah merobek kesucian jiwa
Kerana itu bukan halal disisiNya
Alangkah rugi jiwa
merindui sang teruna bukan miliknya

Hanya si DIA yang tahu apa erti semuanya
rindu itu lumrah manusia
Namun hanya kekuatan iman dan jiwa
Bakal melahirkan insan
Yang suci di sisiNYA..

Hanya cinta pencipta kekal abadi
Jauhi godaan nafsu dan syaitan..
Agar bersemi sebuah rindu keikhlasan buat selamanya...



Another song from me.. hehe..

Lagu ni liriknya ditulis oleh seorang member yang bernama Noorhawaney Yahaya.. Dia mintak buatkan lagu.. Inilah hasilnya..

Hari ni aku ada exam.. Balik2 je terus buat lagu sebab tensi.. huhu..

Hope korang suka..

Tuesday, June 7, 2011

Azku - Iffah






Tajuk: Iffah
Nyanyian: Azku
CiptaanP: Yaakob Kelantan

Ibunya Tengku Nur Azira
Bapanya Aspia Basri
Dia ditinggal di rumah opah
Dia penyeri, pengubat resah

Itulah Nik Nurul Iffah
Anak buah, banyak kerenah


Suka nyanyi sesuka hati
Suka joget sesuka hati
Suka jerit sekuat hati
Suka suka sesuka hati


Itulah Nik Nurul Iffah
Anak buah, banyak kerenah
Itulah Nik Nurul Iffah
Anak buah, banyak kerenah


Selamat tidur Iffah
Semoga mimpi indah
Selamat malam sayang
Tidurlah esok kita jumpa



Lagu ni aku cipta masa aku balik Malaysia akhir last year.. Mesti korang ingat aku cipta lagu ni untuk awek aku yang bernama Iffah kan? :D
Takde la.. Lagu ni aku tulis untuk anak buah aku, Nik Nurul Iffah.. Anak buah sulung..

Masa cuti sekolah last year Iffah (aka Kakak) ni kena tinggal kat rumah Opah (my mom).. Abi & Umi dia kat Perak dengan adiknya iffah, Izzat.. Masa tu Uminya Iffah tengah mengandungkan anak ketiga beliau.. Jadi sebab Iffah ni buas sangat, kena la tinggal kat kampung..

So memang dia la penyeri kitorang di waktu cuti.. macam2 kerenah..

Masa aku tengah main2 ngan dia, aku main2 la gitar nak suruh dia tidur sebab dia buas sangat.. Maka terciptalah lagu ini.. Iffah memang gelak je masa dengar lagu ni.,. hahah.. so cute~

"Izzat jangan jeles.. Nanti Ayohchik balik kampung, Ayohchik buat lagu untuk Izzat pulok.."

Aku record lagu ni dalam handset.. pastu aku beli handset baru.. So terlupa pasal lagu ni.. Semalam saje2 je bukak handset lama, jumpa lagu ni.. Dengar balik macam best pulak.. Pendek je pun.. So dengarkanlah..

Hope anda enjoy..


Wednesday, April 27, 2011

Azku - Melewati Usia Dengan Cinta




Tajuk: Melewati Usia Dengan Cinta
Penyanyi: Azku
Ciptaan: Yaakob Kelantan

Dedaun berterbangan
Dihembus angin malam
Terbang bersama hati yang lara

Angin dingin menyapa
Sedingin hati kita
Yang jauh terpisah masa dan ketika

Kutatap potretmu
Pengubat rinduku padamu
Oh sayangku

Kunyanyi laguku
Semoga kau tahu
Cintaku hanya untukmu
Walau kau jauh

Kurindu senyummu
Hiasi hidupku
Bagaikan pelangi indah

Kumahu hadirmu
Lengkapi hidupku
Bersama selamanya
Melewati usia dengan cinta


Dah lama rasanya aku tidak mengepost.. Busy + malas..
Lagu ini aku cipta beberapa bulan yang lalu. Aku dapat ilham untuk menulis lagu ini daripada satu video kat youtube. Video tu aku rasa dia ambil daripada movie 'Up'. Dia tunjuk macam mana dua orang ni grow old together. So sweet..

Aku xtahu nak letak tajuk apa lagu ni. Macam panjang la pulak tajuk dia. Ni baru separuh.. Tapi tengah kering idea. Nanti kalau ilham mari, aku sambung laa..


Wednesday, September 8, 2010

Mentari Syawal Menjelma





Tajuk: Mentari Syawal Menjelma
Nyanyian: Budgetband
Ciptaan: Yaakob Kelantan & Muhammad Rosli

Mentari Syawal menjelma
Takbir raya mula bergema
Sayunya hati terasa
Ayah bonda jauh di mata

Kulihat indah suasana
Mewarnai pagi raya
Senyuman mula terpancar
Nikmat raya kini terasa


Ku bersyukur padaNya
Atas kurniaanNya
dapatku raikan hari yang mulia

Bersalam-salaman
Bermaaf-maafan
Menghapus dosa sesama kita

Kepada semua
Rakan dan keluarga
Kuucapkan Selamat Hari Raya

Sebulan kita berpuasa
Tiba masa untuk meraikannya
Bersama kita gembira
di hari raya yang mulia


Lagu ni ditulis bersama ngan Mamat (Muhammad Rosli) pada 28-08-2010.. Sampai pkl 4 pagi baru aku balik rumah.. Lagu yang agak simple.. lirik yg simple.. xde unsur2 lawak.. Aku tgh bizi masa buat lagu tu.. So buat simple2 je la..

Asalnye mula2 plan nk buat kasi gempak.. ajak ramai2, main bass, drum etc.. pastu nak ambik video ucapan etc.. Tapi masing2 bizi.. pastu bila ajak masing2 buat xtahu je, xbagi response.. So last2, buat dgn Budgetband je la.. ni pun Calvin xde sbb dia bizi mengecat rumah baru dia.. Bass dia pun xde dgn dia skrg sbb dgn his sister kat hamilton.. So akhirnye simple mcm ni je la videonya.. Ni pun practice sekali je..

Apa2 pun, di kesempetan ini, ingin aku ucapkan Selamat hari raya, maaf zahir batin kepada keluarga yg jauh di Malaysia.. dan sahabat2 samada di Christchurch ni, ataupun di kampung di Malaysia, mahupun di kampung Dunedin.. Mohon ampun segala dosa.. 0-0 oke!!..

Enjoy!!

Salam~

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan..

Setelah diperkenankan oleh duli2 yang mulia ghaje2, maka dgn ini diumumkan bahawasanya ESOK PUASA...

Ramadhan kembali menyingsing setelah setahun meninggalkan kita.. Di malam 1 Ramadhan ni aku dah dpt rasakan barakah Ramadhan.. Terasa ada setitik sinar hidayah hinggap di hati.. Kita manusia selalu alpa.. Lupa untuk bersyukur dgn nikmat Ilahi..

It's been a very hectic year for me this year.. Terasa begitu SERABUT, XDE MOOD, MALAS, DEPRESSED.. Rasa tak puas hati dgn apa yg kucapai so far, tp rasa begitu malas untuk berusaha.. Semoga kehadiran Ramadhan kali ini bakal membawa 1001 keberkatan dan ketenangan untuk jiwa yang malap ini.. Semoga aku akan menjadi insan yang cemerlang..

Bak kata Dr Fadhilah Kamtumi (Come to me):

"Insan yang cemerlang datangnya dari akal, dengan hati yang bersih, jiwa yang tenang.."