Sunday, June 12, 2011

Azku - Subuh




Subuh by Azku
Ciptaan: Yaakob kelantan
Images: Google image

Suara azan berkumandang
Tanda Subuh bertandang
Berat mata dan kepala
Oh indahnya alam maya

Kucoba buka mata
InsyaAllah dipermudahkanNya
Lafazkanlah doa

(Doa bangun tidur)
Aku bersyukur

Alarm handsetku memekik
Tanda Subuh makin sikit
Ada suara di pintu bilik
Bangun! Subuh tinggal 5 minit

Kucoba buka mata
InsyaAllah dipermudahkanNya
Lafazkanlah doa

(Doa bangun tidur)
Aku bersyukur

Bacakanlah doa moga kita dirahmatiNya




Semalam start cuti.. So ada la masa untuk record lagu.. Lagu ni dah lama aku buat sebenarnya.. Last year lagi.. Sekarang baru ada masa nak record.. Cincai2 sudey..

Simple je lagu ni.. Lagu ni menceritakan bagaimana kadang-kadang (atau selalu) memang susah nak bangun subuh.. Lebih-lebih lagi kalau malam sebelum tu tidur lambat sebab study, buat assignment (atau pergi karaoke) dan sebagainya.. Memang berat sangat rasa nak bangun.. Setan banyak..

Tapi insyaAllah kalau kita baca doa bangun tidur, senang sekit nak bangun.. Jadi amal-amalkanlah membaca doa bangun tidur.. Sesiapa yang tak tahu, pergi tanya mak.. Orang suruh gi kelas fardhu ain tak nak..

Hope layan!

Wednesday, June 8, 2011

Azku - Angin Rindu



Angin Rindu by Azku
Lyrics: Noorhawaney yahaya
Melody: Yaakob Kelantan


Begitu rumit dan sukarnya
memadamkan semarak angin rindu
Bagai taufan melanda dihati
Begitu getir nya kebersihan jiwa

Begitu rakusnya sang bayu rindu
Merampas ketenangan sang jiwa
Entah bagaimana harus jasad berkata
Untuk menundukkan taufan yang melanda

Habis remok jiwa raga
taufan rindu telah melanda...
Berhempas pulas jasad bekerja
cuba melupakan semua
namun hanya sia-sia

Angin rindu telah merobek kesucian jiwa
Kerana itu bukan halal disisiNya
Alangkah rugi jiwa
merindui sang teruna bukan miliknya

Hanya si DIA yang tahu apa erti semuanya
rindu itu lumrah manusia
Namun hanya kekuatan iman dan jiwa
Bakal melahirkan insan
Yang suci di sisiNYA..

Hanya cinta pencipta kekal abadi
Jauhi godaan nafsu dan syaitan..
Agar bersemi sebuah rindu keikhlasan buat selamanya...



Another song from me.. hehe..

Lagu ni liriknya ditulis oleh seorang member yang bernama Noorhawaney Yahaya.. Dia mintak buatkan lagu.. Inilah hasilnya..

Hari ni aku ada exam.. Balik2 je terus buat lagu sebab tensi.. huhu..

Hope korang suka..

Tuesday, June 7, 2011

Azku - Iffah






Tajuk: Iffah
Nyanyian: Azku
CiptaanP: Yaakob Kelantan

Ibunya Tengku Nur Azira
Bapanya Aspia Basri
Dia ditinggal di rumah opah
Dia penyeri, pengubat resah

Itulah Nik Nurul Iffah
Anak buah, banyak kerenah


Suka nyanyi sesuka hati
Suka joget sesuka hati
Suka jerit sekuat hati
Suka suka sesuka hati


Itulah Nik Nurul Iffah
Anak buah, banyak kerenah
Itulah Nik Nurul Iffah
Anak buah, banyak kerenah


Selamat tidur Iffah
Semoga mimpi indah
Selamat malam sayang
Tidurlah esok kita jumpa



Lagu ni aku cipta masa aku balik Malaysia akhir last year.. Mesti korang ingat aku cipta lagu ni untuk awek aku yang bernama Iffah kan? :D
Takde la.. Lagu ni aku tulis untuk anak buah aku, Nik Nurul Iffah.. Anak buah sulung..

Masa cuti sekolah last year Iffah (aka Kakak) ni kena tinggal kat rumah Opah (my mom).. Abi & Umi dia kat Perak dengan adiknya iffah, Izzat.. Masa tu Uminya Iffah tengah mengandungkan anak ketiga beliau.. Jadi sebab Iffah ni buas sangat, kena la tinggal kat kampung..

So memang dia la penyeri kitorang di waktu cuti.. macam2 kerenah..

Masa aku tengah main2 ngan dia, aku main2 la gitar nak suruh dia tidur sebab dia buas sangat.. Maka terciptalah lagu ini.. Iffah memang gelak je masa dengar lagu ni.,. hahah.. so cute~

"Izzat jangan jeles.. Nanti Ayohchik balik kampung, Ayohchik buat lagu untuk Izzat pulok.."

Aku record lagu ni dalam handset.. pastu aku beli handset baru.. So terlupa pasal lagu ni.. Semalam saje2 je bukak handset lama, jumpa lagu ni.. Dengar balik macam best pulak.. Pendek je pun.. So dengarkanlah..

Hope anda enjoy..