Sunday, May 16, 2010

Kau Guruku

Bersempena dengan Hari Guru pada hari ini, dengan ini aku mencipta lagu ini untuk semua guru-guru, cikgu-cikgu dan ustaz-ustazah di luar sana.. Jasa cikgu xkan dapat kami balas sampai bila2..

Walaupun dulu kami mungkin nakal, tidur dalam kelas, ponteng kelas dan yang seangkatan dgnnya, kami sebenarnya sayang kat cikgu.. Tanpa cikgu semua, siapalah kami.. kami xmungkin akan berjaya tanpa cikgu semua..

Cikgu Rosmaidah, Cikgu Kasmah, Cikgu Shady, Cikgu Shabiha, Ustaz Zul Professor, Ustaz Rasyid yogurt, Ustazah Rasyidah, Poknik Mat, Ustaz Raja, Ustaz Halim, Ustaz Falih Lai, Cikgu Halim, Cikgu Mazlan, Cikgu Hamzah, Cikgu Marina.. (the list goes on and on)..

Dan teristimewa untuk Cikgu Raja Mamat (iaitu ayah aku) dan juga Kaklong (Ustazah) dan suaminya (Ustaz)..

Juga kepada bakal2 guru sekalian.. Bersamalah membina anak bangsa yang berguna.. Yeah2!

Selamat Hari Guru...





Lagu: Kau Guruku
Nyanyian: Azku
Ciptaan: Yaakob Kelantan

Kulihat dunia
kupunya segala
a
ku bahagia

dengan semua

yang sempurna


terkenang dahulu

waktu kecil dulu

'ABC' pun tak tahu

apatah lagi 'I You'

Ku tak tahu


Lalu kau hadir penuh berkat

Bak cahaya lilin dalam blackout

Tak kira darjat atau pangkat

Kau menyinari hidupku


Kau guruku

Kau cikguku

Kau ustazku

Kau temanku


Ku muridmu

Ku pelajarmu

Ku studentmu

permata hatimu


Tanpamu siapalah aku


Waktu dahulu

tak kuhargaimu

Kuponteng kelasmu

buat tak tahu

Nakalnya aku


Kini kusedar

semua pengorbanan

yang kau lakukan

Marahmu

tanda sayang

Thursday, May 13, 2010

Selamat Hari Ibu

Tarikh di computer aku menunjukkan 13 may 2010, menandakan telah tibanya hari ulangtahun kelahiran ibuku, Che Karimah yang tercinta.. Pilu rasa hati xdpt bersamanya di hari ini.. Maka dgn ini aku ciptakan lagu ni istimewa untuk Ma sebagai pengganti diri yang jauh di sini.. Seperti biasa, Bday Ma jatuh lebih kurang sekali dgn Hari Ibu.. Jadi Selamat Hari Ibu diucapkan kpd Ma di hari yang istimewa ini..

Lagu ni baru je aku tulis beberapa minit yang lalu.. so quality pun xbagus sgt.. Layan sudey~





Lagu: Selamat Hari Ibu
Nyanyian: Azku
Ciptaan: Yaakob Kelantan

Kini tibanya masa teristimewa untukmu
pilu rasa di hatiku x dapat bersamamu
Kupetik gitar ini kucipta lagu untukmu
Meluahkan rasa hati rasa rinduku padamu

Ku jauh di sini
namun kau tetap di hati

Selamat hari ibu

kuucap padamu

walau tak bertemu

dipisah lautan biru


Selamat hari ibu

kunyanyikan laguku

untukmu ibu

Yang kurindu selalu


Ku bermohon pada Yang Esa

agar kau bahgia

walau apa berlaku

Kau tetap yang satu

untukku

Sunday, May 9, 2010

Malas Gila (karaoke version)



Tajuk: Malas Gila!!!
Nyanyian: Azku
Ciptaan: Yaakob Kelantan

Dulu akulah best student (boleh lah)
Kini aku hanyalah one of the students

Dulu semua cikgu sayang dekat aku (Aku rasa lah)
Kini sorang cikgu pun tak kenal aku

Dulu aku berusaha jadi the best
kini cukup makan pun dah cukup best (Asal pass sudey!!)

Senang cerita, dulu aku rajin gile
Kini, aku malas gile

Kuharus melupakan segala kegemilangan
yang pernah kucapai di waktu dulu..

Kuharus berusaha demi kecemerlangan
yang ingin kugapai di ketika ini..

Aku akan fail.. Aku akan fail.. Aku akan fail!!
Unless aku berubah
Aku harus berubah
Aku mesti berubah...


Kali ni special punya post.. Lagu 'Malas Gila' versi karaoke.. Lagu ini merupakan lagu aku yg paling femes kat Dunedin dulu.. Jadi aku post la karaoke version of this song khas buat sape2 yang berminat especially Buk, Paan n Mamat.. =D